
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata beberapa kakitangan bahagian pengurusan Carcosa Seri Negara juga dipangil memberi keterangan.
Acryl Sani berkata keterangan yang diambil daripada Anwar adalah "memadai".
"Sekiranya terdapat keterangan beliau yang tidak lengkap, kita akan panggil dia lagi sekali untuk bagi keterangan tapi setakat ini ianya telah mencukupi," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Acryl Sani berkata kertas siasatan kes berkenaan kini telah siap 95 peratus dan akan dihantar kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan video itu adalah tulen.
Siasatan polis itu dibuat berikutan laporan yang dibuat oleh Anwar pada 22 Mac yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan