Bukannya menghantar pasukan untuk membebaskan Gaza serta mengusir penjajah Israel daripada merobek tanah Muslim Palestin dan membantu negeri Syam, para pemimpin negara malah hanya duduk-duduk dan enggan untuk melakukan hal tersebut, kecuali ikut serta dalam menjaga keselamatan Israel.
Gencatan senjata merupakan perkara yang dikehendaki Israel untuk menjaga keamanan di zon selatan, sehingga Israel boleh menumpukan persiapan di zon utara untuk menghadapi para tentera kemerdekaan Syria yang kian berkuasa serta berulangkali para tentera di Syam tersebut menyatakan penolakan mereka kepada Dewan Koalisi Nasional yang dibentuk di luar negeri , serta mereka dengan tegas bekerja untuk membentuk Negara Islam di bumi Syam.
"Kalau terjadi gencatan senjata, kita akan hantar pasukan perdamaian. Ini sama ketika kita hantar pasukan untuk menjaga keamanan ke Lebanon," kata Presiden SBY, Malaysia selepas menghadiri pertemuan dengan pemimpin Kumpulan-8 Negara Membangun (D-8) di Islamabad, Pakistan, Khamis malam.
Diantara para pemimpin negara yang membicarakan penyelesaian untuk mengatasi masalah di Timur Tengah tersebut adalah Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, Perdana Menteri Turki Recep Erdogan, Presiden Pakistan Asif Ali Zardari, dan Naib Presiden Mesir Mahmud Makki.
Para pemimpin negara berpenduduk majoriti Muslim itu bersetuju tiga hal. Pertama, kekerasan dan pertumpahan darah harus dihentikan dan dilakukan gencatan senjata. Kedua, menyalurkan bantuan kemanusiaan.
"Ketiga, mesti ada peralihan kuasa, peralihan politik ke arah kerajaan baru," kata Presiden dan menambah peralihan perlu dilakukan secara damai supaya konflik berpanjangan tidak lagi berlaku.
Demikianlah, para penguasa negeri Muslim itu akhirnya enggan menghantar pasukan sebagaimana diminta penduduk Gaza, melainkan hanya mengikuti langkah-langkah palsu. Demikian juga enggan menghantar pasukan ke negeri Syria, Syam, di mana lebih dari 40,000 orang telah syahid dibunuh rejim Assad.
Sejak penubuhan yang dibantu PBB, penjajah Israel telah merampas negeri kaum Muslim Palestin. Saat para tentera mujahidin siddiqin di Syria kian berkuasa, tentu ini menjadi perkara yang menakutkan bagi Israel sehingga mereka harus bersiap-siap sedia.
Revolusi-revolusi di bumi Syam menyeru mobilisasi pasukan umat ke Palestin untuk membebaskan Palestin dan menghancurkan entiti Yahudi. Selain itu, kaum revolusioner Syam terus berjalan dalam langkah-langkah yang teguh untuk mengembalikan kekuasaan kaum Muslimin dari penjaga Yahudi, pemimpin di ambang kejatuhan Syam, Bashar Assad yang menjaga sempadan utara tanpa letusan senjata satu pun selama empat puluh tahun.
Entiti Yahudi paham bahawa warga Syam yang mukhlis jika mereka berjaya melenyapkan Assad dan membaiat seorang imam untuk kaum Muslimin yang memerintah mereka dengan Islam, maka pada waktu itu tidak akan tinggal lagi kewujudan untuk entiti Yahudi.
Kerana itulah mereka berusaha mati-matian untuk meraih gencatan senjata jangka panjang di sempadan selatan dengan jalur Gaza melalui serangan brutal terhadap warga Gaza ini. Mereka melakukan itu dengan sengaja bersekongkol dengan rejim arab pengkhianat dalam menekan pemerintah Gaza supaya mereka boleh menyiapkan diri untuk menghadapi sempadan Suria.
-tranungkite-
-tranungkite-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan