Mohamad Shukri Abd Hamid
Perakite Daily
BATU KURAU: Selepas mengisyhtiharkan kemasukannya ke dalam PAS beberapa bulan lalu,bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) PDRM,Datuk Fauzi Shaari kini giat melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan PAS.
Terbaru, beliau telah mengetuai program ziarah dan penyampaian sumbangan di sekitar Ijok yang terletak dalam mukim Batu Kurau dan DUN Kubu Gajah
Program yang dianjurkan PAS kawasan Larut dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP) kawasan dan PAS Cawangan Charak Salak itu dimulakan dengan melakukan kunjungan ke pasar pagi pekan Ijok untuk sesi beramah mesra dengan penduduk setempat dan para pengunjung di pasar tersebut
Pada sebelah petangnya pula,program diteruskan dengan melakukan kunjungan ke rumah-rumah penduduk miskin di sekitar Kampung Masjid Ijok bertujuan menyampaikan sumbangan beras dan barangan keperluan dapur.
Turut serta Yang Dipertua PAS kawasan Larut,Dr Dhari Othman
Sumber: perakitedaily.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan