Mohd Sayuti Omar
Aktivis muda dan pelapis politik masa depan yang rajin Badrul Hisham Shahrin atau lebih mesra dengan panggilan che'GuBard telah menutup kilang otaknya dari terus berfikir apakah akan dicalonkan ataupun akan bertanding dimana-mana kerusi. Beliau telah mengambil keputusan awal untuk tidak menyerabutkan dirinya.
che'GuBard telah mengumumkan yang beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini. Penegasan itu dibuat menerusi satu email yang dikirimkan kepada blog Merah Tinta, dan saya percaya ia juga disalin hantar kepada sumber-sumber maklumat lain.
"Mengajak semua peringkat pro perubahan bersatu dan menolak prasangka; che’GuBard dengan ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam PRU ke 13 dan sedia menjadi jentera biasa." Begitulah secoret ayat yang disebut dalam kenyataan itu walaupun ia rengkas tetapi sungguh memedihkan.
Che'GuBard telah mengambil jalan tengah yang perlu dihormati. Dia telah menawarkan dirinya untuk menjadi pekerja parti yang kuat demi mencapai kemenangan. Lantas itu beliau menyeru seluruh anak muda berada dalam mood perubahan tanpa mewujudkan apa-apa pransangka.
Saya menghormati dan kagum kepada anak muda ini. Apa dibuat che'GuBard inilah yang patut dicontohi oleh sesiapa saja yang tergila-gila untuk menajdi calon sampai sanggup melobi atau membuat ugutan akan meninggalkan parti kalau tidak terpilih menjadi calon. Orang seperti itu dayus dan tidak berjiwa besar tulen dalam pejuang.
Sekiranya sikap dan pendirian diambil che'GugBard ini menjadi pegangan dan ikutan semua orang rasanya masalah perebutan calon dan ugutan dan ocahan untuk memeningkan kepala pucuk pimpinan tidak akan berlaku.
Tindakan che'GuBard itu juga satu keputusan yang mengecewakan golongan anak muda yang menyedari akan komtimen dan perjuangan beliau selama ini. Menerusi Ngo Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM) beliau terus begerak mengelombangkan arus perubahan dikalangan anak muda tanpa sebarangan bayaran atau mendapat sanjungan dari mana-mana pihak. Dia bekerja dengan ideanya sendiri tanpa menunggu arahan parti, yang penting ia senada dan seirama.
Maaflah saya tidak pernah terdengar yang pemimpin PKR khasnya memberi penghormatan kepada che'GuBard atau meraikan SAMM makan aiskrim setiap kali projeknya berakhir. Entah seperti terkunci mulut untuk memberi sedikit layanan dan pujian ke atas kerajinan che'GuBard dan SAMM. Kewujudan SAMM juga sesekali saya nampak ia semacam menjadi galang ganti kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang nampak seperti rumput kering di tepi jalan saja.
Paling merujakan ruang lingkup atau geografi perjuangan che'GuBard bukan sahaja di Rembau kawasan yang pernah ditandingi tahun 2008, tetapi diseluruh negara dari Johor hingga ke Perlis, dari Perlis hingga Ke Sabah dan Sarawak. Bahkan dalam mencari bukti dan dalih menguatkan serangan politiknya beliau sanggup ke luar negara.
Atas kerajinan itu saya sendiri menampakkan orang seperti beliaulah yang perlu diberikan keutamaan untuk berada dibarisan depan atau tersenarai sebagai calon dalam pilihan raya. Tetapi tidak begitu, apa yang mata saya nampak terlindung oleh mata orang lain. Usahkan untuk menetapkan mana-mana kerusi untuk mengambil hati beliau pun tidak kedengaran.
Tiada apa yang boleh saya lapazkan di sini batas keputusan yang beliau ambilkan itu selain dari merasa kagum dan hormat. Syabas. Saya yakin dan percaya apa dilakukan Badrul Hisham itu ikhlas dan keikhlasan serta pengorbanan beliau itu tetap akan diingat suatu hari nanti.
Biarlah orang lain tidak mahu mengiktiarf beliau tetapi saya akan memulakan mengkultus che'GuBard sebagai anak muda yang berani, bersemangat, komited dan rajin. Dia adalah ikon anak-anak muda yang ingin perubahan dan pengangkat panji politik baru Malaysia dari kawanannya. Kalau tertakdir Pakatan Rakyat sempat sampai ke Putrajaya janganlah tutup pintu utama buatnya gara-gara dia hanya pernah menolak jawatan sebagai Penolong Setuasaha Agung.[wm.kl.11:33 pm 28/03/13]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan