"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Prof Madya Dr. Hasbullah Label Umno Sbg Pengkhianat Melayu & Islam (video)

Blog Bicara Rakyat
24 Mac: Umno mengatakan mereka pejuang agama dan pahlawan Melayu pada realitinya merekalah yang sememangnya menjadi pengkhianat agama serta Melayu.

Kasihanlah Melayu selama ini tidak sudah-sudah di tipu UMNO dan macai mereka... berjuang demi Melayu konon tapi tidak sedar atau buat-buat tidak sedar selama ini di perbodohkan.

Bila Parlimen dikuasai bukan Melayu, UMNO berteriak kononnya menjaga ketuanan Melayu, sedangkan hakikatnya UMNO yang mengurangkan kuasa Parlimen Orang Melayu dengan menambah kerusi Parlimen kepada bukan Melayu semasa persempadanan dahulu.

Yang mengajar orang kafir menjadi biadap kepada Islam puak UMNO Sendiri. Jika UMNO yang mengaku Islam memperlekehkan Islam, bukankah tindakan UMNO tersebut akan dicontohi orang bukan Islam.

Kebenaran terserlah, bila Prof Madya Dr. Hasbullah Label Umno Sebagai Pengkhianat Melayu Dan Islam.

Ternyata kepada contoh-contoh tindakan Kerajaan melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan Islam. Sebagai Contohnya:
Dalam bulan pertama Najib ditabalkan menjadi Presiden UMNO dan PM, kamu memegang Menteri Kewangan, telah meluluskan sepuluh lesen judi "Special Draw"
Selepas itu, Najib telah menghadiri majlis pengkebumian taukeh judi Lim Goh Tong serta memuja dan memuji taukeh judi tersebut di hadapan mayat Lim Goh Tong.

Presiden UMNO telah meluluskan lesen judi bola kepada VInsetan, seorang lagi tokeh judi di Malaysia. Lesen telah dikeluarkan serta wang telah dibayar. Namun, hasil pakatan PAS-DAP berjaya menghalang Presiden UMNO serta UMNO seluruhnya dari menjayakan projek judi bola tajaan UMNO dan VInsetan itu
UMNO TELAH MELULUSKAN LESEN JUDI BOLA
Dalam waktu yang sama, anak Dr Mahathir telah mengeluarkan wang sebegitu banyak untuk membeli saham dalam syarikat arak bernama San Miguel. Seolah-olahnya tiada haram dan halal lansung apabila dikaitkan dengan keluarga Dr Mahathir ini.

Utusan Melayu melaporkan isteri Perdana Menteri menerima cek dari syarikat Judi untuk tujuan kebajikan, disaksikan oleh Zahid Hamidi. Sumber: Utusan Malaysia.
ROSMAH DAN ZAHID HAMIDI TERIMA SUMBANGAN SYARIKAT JUDI
Mantan Presiden UMNO Pak Lah, sendiri terima sumbangan dari syarikat judi (Sumber: PEMADAM):
Rujukan diatas adalah sebahagian kecil, Umno berperanan 'Cakap Tak Serupa Bikin' dalam memperjuangkan agama Islam dan Melayu.

Maka, ingin kita bertanya kepada UMNO:

Islam Apakah Yang Kamu Perjuangkan Sebenarnya?

Tiada ulasan: