Blog Jalan Pulang
Nampaknya Umno Bandar Tun Razak terus dirunding malang apabila seorang lagi pemimpin kanan bahagian itu berhasrat untuk meletak jawatan dalam semua peringkat termasuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Zaharin Mohd Yasin yang merupakan veteran Umno bahagian membuat keputusan melalui satu kiriman di akaun Facebook miliknya yang dihantar semalam.
Jelas Zaharin:
Kepada rakan fb saya, Sukalah saya maklumkan bahawa fb saya akan tidak di aktifkan lagi. Kemungkinan saya juga akan berhenti menjadi Setiausaha Korditor Barisan Nasional satelah saya buat keputusan muktamad. Tidak ada faedah kerja saya siang malam untuk kemenangan Barisan Nasional yg hanya mendapat sokongan dari ahli parti di Bandar Tun Razak, yg banyak berikan sokongan kepada saya tetapi tidak pucuk pimpinan parti peringkat Bdn Perhubongan dan Ibu Pejabat. Saya hanya mahu menjadi pengundi sahaja.terima kasih semua
Jelas dengan kenyataan Zaharin di atas dapat menggambarkan betapa kecewanya dengan tindakan Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan yang seakan tidak menghargai jasa dan sumbangannya sejak menyertai rejim itu pada 1972.
Setiausaha Koordinator BN Bandar Tun Razak ini juga kesal dengan pimpinan Umno yang diketuai menteri wilayah persekutuan dan dan kesejahteraan bandar, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kerana tidak menyokong parlimen tersebut memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya umum kali ini.
Dipercayai antara sebab utama mengapa Zahain bertindak sedemikian adalah kerana perdana menteri sendiri.
Najib Altantuya bersetuju calon MCA diletakkan sekali lagi menentang ahli parlimen yang juga Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.
Malah, Umno bahagian dikatakan memboikot pelancaran jentera MCA di sebuah sekolah di Bandar Tasik Selatan semalam kerana tiada wakil yang hadir dalam majlis itu.
Sambil memberitahu juga akaun Facebook miliknya juga akan dipadamkan, Zaharin juga turut memanjangkan perkara tersebut kepada Setiausaha Agung Umno, Adnan Mansor dan Setiausaha Kerja Umno, Ab Rauf Yusoh.
Beberapa posting semalam dan kelmarain juga menunjukkan bahawa Umno bahagian tidak dapat menerima keputusan Najib Altantuya yang kekal meletakkan Tan Chai Ho yang tewas dengan majoriti 2,215 undi kepada Khalid disenaraikan semula.
Tahniah lah kalau sudah membulat tekad meninggalkan Umno dan BN tetapi jangan lupa jika Zaharin yang sememangnya berdendam dengan Anwar kerana memecatnya dari Umno pada 1996, ia tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada Pakatan Rakyat malah tindakannya itu hanya akan ditertawakan kerana bersifat flip-flop.
P/s - Perhatian buat Pakatan Rakyat Bdr Tun Razak: Seorang ketua cawangan Umno Kg Malaysia Raya, Zainuddin Amran sedang merekrut beberapa orang ahli Umno cuba menyusup masuk untuk menjadi ejen KEADILAN bagi mendapat maklumat strategi Pakatan Rakyat di parlimen itu.
Umno akan cuba memberikan tentangan walaupun MCA yang bertanding sekali lagi yang mengecewakan mereka.
KEADILAN dan Pakatan Rakyat harus berhati-hati dengan pengkhianat ini kerana musuh akan melakukan apa sahaja hatta mengedar video seks palsu pemimpin Pakatan Rakyat untuk mendapat undi.
Bagaimanapun dalam posting terbaru beberapa jam lalu, nampaknya Zaharin terus menghentam Pakatan Rakyat dan tiada tanda-tanda akan berhenti setakat ini.
Satu lagi Janji Dicapati?
Sumber: jalanpulang1978.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan