Berikutan bukti baru dari radar tentera Thailand, penyiasat kini percaya seseorang di dalam kokpit pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memprogramkan perubahan arah pesawat sekurang-kurangnya 12 minit sebelum pembantu juruterbang memutuskan hubungan dengan pengawal trafik udara dengan memberitahu mereka, "Baiklah, selamat malam" .
Penganalisis “AC360” di CNN memberi tafsiran berbeza berkenaan makna penemuan terbarunya – sesetengah pakar memberi amaran perubahan arah berkemungkinan sebahagian daripada rancangan penerbangan yang diprogramkan terlebih dahulu jika berlaku kes kecemasan, dan petunjuk lain menunjukkan sesuatu tindakan jahat sudah diatur.
"Kita tidak tahu secara khusus bila ia dimasukkan," kata Mary Schiavo, pakar penganalisis penerbangan CNN dan bekas ketua Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat .
Wartawan New York Times, Michael Schmidt memberita CNN tempoh baru yang dirancang itu "menjadikan isu unsur jenayah kelihatan lebih ketara."
"Ini kerana, ia menunjukkan pesawat sudah pun menuju ke arah yang berbeza apabila mereka mengucapkan selamat malam.”
Bagaimanapun, sedikit maklumat terbaru ini dijangka tidak akan menyelesaikan misteri kehilangan pesawat malah mungkin menimbulkan lebih banyak persoalan.
Tentera Thailand menerima laluan penerbangan dan data komunikasi biasa daripada Boeing 777-200 bagi laluan 8 Mac dari Kuala Lumpur ke Beijing sehingga jam 01:22 pagi, apabila ia hilang daripada radar itu.
Enam minit kemudian, tentera Thailand mengesan isyarat yang tidak dikenali, jurucakap Tentera Udara Diraja Thai memberitahu CNN. Pesawat tidak dikenali ini, mungkin MH370 yang menuju arah bertentangan.
-tmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan