SEPANG: Gelagat dua lelaki ‘Mat Saleh’ yang asyik memerhatikan dan mencatat butiran pesawat Malaysia Airlines Bhd. (MAS) dan AirAsia yang berlepas dan mendarat di Terimal Utama serta Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) mengundang perhatian media yang sedang bertugas di Anjung Tinjau.
Salah seorang daripadanya menggunakan teropong manakala seorang lagi temannya mengambil gambar setiap pesawat berkenaan sejak pagi tadi.
Pemandangan seumpama itu sememangnya biasa di kebanyakan lapangan terbang di mana peminat kapal terbang akan mengambil gambar dan meneliti model pesawat yang mendarat dan berlepas.
Namun apa yang mengundang misteri apabila tumpuan dua lelaki tersebut hanyalah pada pesawat milik MAS dan AirAsia sahaja.
Tambah menghairankan apabila mereka mencatit setiap butiran penting pesawat-pesawat berkenaan termasuk nombor pesawat, model serta masa ia mendarat atau berlepas.
Ketika ditanya pemberita, salah seorang menjawab mereka adalah penganalisis kapal terbang yang baharu tiba dari London pagi tadi dan dijangka meninggalkan Malaysia malam ini juga.
Bagaimanapun mereka menafikan menjadi sebahagian daripada kumpulan penyiasat kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu. — MG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan