Kerajaan Malaysia menyatakan bahawa aset baru diperlukan untuk mendapatkan alat perakam penerbangan MH370 sekiranya objek yang dikesan satelit Australia itu sememangnya serpihan pesawat berkenaan.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, usaha pelbagai negara diperlukan untuk mendapatkan semula alat dikenali sebagai 'kotak hitam' itu.
"Kita melihat kemungkinan menggunakan sonar seperti disebut terdahulu. Teknologi dan aset ini hanya diperolehi oleh beberapa (negara).
"Kita bercakap mengenai usaha menunda 'pengesan ping' (dengan kapal). Tidak banyak negara yang mempunyai kapal tersebut atau kemampuan untuk menunda alat seperti itu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan