"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zahid Hamjdi Kantoi: Zahid Hamidi, kalau tak bohong, dusta..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan beliau mengenali secara peribadi raja bomoh, Ibrahim Mat Zain yang mencetuskan kontroversi susulan daripada upacara yang dilakukannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu.

"Saya tidak kenal dia, (bomoh) tapi yang saya tahu dia adalah orang yang memegang kelapa di bawah Pokok Sena," kata Zahid di Dewan Rakyat hari ini, ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Tetapi rakaman gambar yang dipetik dari screen shot video klip yang dimuat naik oleh salah seorang pengikut setia Ibrahim Mat Zin menunjukkan Zahid Hamidi menerima "SELEMPANG PAHLAWAN MAHKOTA SETIA NEGARA" pada tahun 2005 dari tangan Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP.

Oleh itu .. siapa yang berkata benar .. mohon respon demi pencerahan dan kebenaran. Kerana penafian mengenali Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP ini diberikan oleh Zahid Hamidi dalam parlimen pagi tadi semasa menjawab soalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena YB Dato' Mahfuz Omar.

Semalam, blog-blog dan portal melaporkan Ibrahim mendakwa beliau mengenali Zahid yang juga merupakan Naib Presiden Umno secara rapat.

Dalam dua upacara di KLIA minggu lalu, ditemani beberapa pembantu, Ibrahim melakukan ritual bertujuan “melemahkan semangat jahat supaya penyelamat dapat
menemui pesawat”.

Tiada ulasan: