Khalidi Hamidi
Pemimpin negara anggap ia satu tragedi tetapi sebenarnya Allah telah menurunkan bala kerana menzalimi rakyatnya.
Cerpen Minggu Ini
Datuk Seri tidak sangka beliau difitnah lagi selepas keluar dari penjara 10 tahun lalu. 16 tahun lalu beliau telah dipenjara kerana meliwat bekas pemandunya. Beliau berkali-kali bersumpah tidak lalukan pekerjaan terkutuk itu.
Tetapi mahkamah mendapati Datuk Seri bersalah kerana hakim dapati keterangan bekas pemandunya lebih meyakinkan. Maka beliau dipenjara selama enam tahun.
Dia akui kesilapannya melawan bossnya. Jika dia tak lawan bossnya maka dia tidak difitnah meliwat bekas pemandunya. Segala-galanya bermula apabila beliau sebagai menteri kewangan enggan meluluskan permohonan anak bossnya. Bossnya amat marah dengan tindakannya itu.
Ketika itu tersebar khabar-khabar angin beliau dan bossnya tidak ngam lagi tetapi seperti biasa mereka sebagai orang politik menafikan berita mereka tidak ngam lagi.
Akhirnya perhubungan di antara mereka berdua tidak dapat diselamatkan lagi. Maka konspirasi diatur untuk menyingkirkannya dari politik negara. Akhirnya Datuk Seri dipecat dari jawatan nombor dua negara dan dari parti.
Datuk Seri yang terkejut dengan pemecatannya mengerah para penyokongnya berkumpul di Dataran Merdeka. Seramai 100,000 orang berkumpul di Dataran Merdeka menyokong beliau lawan pemimpin negara. Malam itu beliau ditangkap di bawah ISA kerana menghasut rakyat memberontak.
Beliau ditahan selama 60 hari tanpa bicara. Ketika itu beliau dibawa ke mahkamah untuk kes liwatnya. Yang lucunya tilam dibawa ke mahkamah sebagai saksi perliwatan di antara Datuk Seri dengan bekas pemandunya.
Beliau dinafikan ikat jamin kerana beliau dikatakan merbahaya kepada negara. Sepanjang perbicaraan itu beliau ditahan di penjara. Setelah enam bulan perbicaraan, hakim menjatuhkan hukuman enam tahun penjara kepadanya.
Di dalam penjara Datuk Seri bermuhasabah diri. Beliau melakukan solat tahajud setiap malam dan solat hajat minta Allah tunjukkan kebenaran. Musuhnya telah menjatuhkannya dalam politik dengan mengaibkan dirinya dan keluarganya kerana bekas bossnya dapati beliau tidak ada kes rasuah untuk dibawa ke mahkamah. Maka kes liwat ini diatur untuk menjatuhkannya. Lojikkah beliau meliwat sedangkan latar belakangnya sebagai pejuang NGO Islam?
Rakyat tidak mempercayai kes itu. Mereka simpati dengan nasibnya. Maka dua negeri jatuh ke tangan pembangkang pada pilihanraya umum pada tahun tersebut.
“Ya Allah, inilah ujianMu terhadapku. Ku terima ujianMu ini dengan ikhlas,” doanya setiap kali solat hajat.
Pemimpin negara bertukar tiga tahun selepas itu. Pemimpin baru melepaskannya dari penjara kerana memenuhi amanat aruah ibunya supaya melepaskan orang yang dizalimi itu. Mahkamah Persekutuan melepaskannya kerana dapati beliau tidak bersalah. Dengan sendirinya keputusan mahkamah tinggi terbatal.
Selama enam tahun dalam penjara isterinya menggantikannya sebagai ahli parlimen. Bila beliau bebas dari penjara, beliau dapat ilham untuk jadikan parti yang diasaskan oleh isterinya itu sebagai parti berbilang kaum. Datuk Seri mahu lari dari kepompong parti kemelayuan seperti parti pemimpin negara.
Datuk Seri nampak jika dia terus berjuang atas dasar perkauman, partinya tidak akan dapat sambutan. Maka beliau tukar partinya menjadi parti berbilang kaum supaya parti itu nampak parti Malaysia dan bukan parti satu kaum sahaja.
Sebagai bekas pemimpin nombor dua negara, Datuk Seri dapat sambutan ke mana sahaja beliau pergi. Ceramahnya dapat sambutan. Maka beliau difitnah kerana kononnya beliau adalah ejen CIA. Beliau adalah alat Amerika Syarikat. Bila partinya menang, partinya akan menjual negara kepada Amerika Syarikat.
Genap lima tahun keluar dari penjara, Datuk Seri dapat aktif semula dalam politik. Isterinya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen untuk beri laluan kepada Datuk Seri bertanding dalam pilihanraya kecil. Beliau menang dengan majoriti lebih besar dari dipungut isterinya dalam pilihanraya umum.
Maka parti pembangkang memberi laluan kepada Datuk Seri untuk jadi Ketua Pembangkang walaupun partinya tidak banyak menang kerusi. Bila Datuk Seri aktif dalam politik, rakyat semakin beri sambutan kepada ceramah-ceramahnya. Ini yang menimbulkan ketakutan kepada parti pemerintah.
Maka konspirasi baru diatur untuk menjatuhkan Datuk Seri dari politik. Apabila pegawai baru diambil, Datuk Seri sudah diberitahu hati-hati ambil orang baru kerana mungkin dia dihantar oleh parti lawan. Tepat segala tekaan orang lama dalam parti. Pegawai baru fitnahkan Datuk Seri meliwatnya.
Datuk Seri sejak aktif semula dalam politik menyebakan parti pemerintah sudah dua kali tidak dapat majoriti dua pertiga dalam parlimen. Rakyat bukan Melayu semakin menyokong perjuangan Datuk Seri yang menentang rasuah, ketidakadilan antara kaum.
Pemimpin negara bertukar lagi selepas parti pemerintah gagal mendapat majoriti dua pertiga buat kali pertama. Pemimpin baru adalah bekas naibnya ketika Datuk Seri menjadi Ketua Pemuda. Maka rakyat lihat siapa yang lebih berwibawa memerintah negara sama ada Datuk Seri atau bekas naib ketuanya.
Sekali lagi parti pemerintah gagal mendapat majoriti dua pertiga tetapi mereka sudah berjaya memfitnah Datuk Seri sekali lagi.
Petang jumaat lalu mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara kepada Datuk Seri kerana meliwat bekas pembantunya. Sekali lagi beliau difitnah. Malam itu beliau bermunajat kepada Allah supaya Allah menunjukkan kebenaran.
“Ya Allah, aku bersumpah aku tidak pernah melakukan perkara terkutuk itu. Jika Kau mendengar sumpahanku ini, Kau makbulkanlah doa orang yang dizalimi ini, Kau turunkanlah bala kepada orang yang menzalimi aku,” doanya selepas solat tahajud malam itu.
Esoknya terpampang di dada televisyen bahawa kapal terbang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Negara gempar dengan bala yang menimpa ini sedangkan kapal terbang itu amat canggih tetapi ia tak dapat dikesan.
Pemimpin negara anggap ia satu tragedi tetapi sebenarnya Allah telah menurunkan bala kerana menzalimi rakyatnya. Apabila bala turun, ia akan kena kepada semua tidak kira orang berdosa atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan