"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Astro haramjadah pro Yahudi tanya mengapa melayu nak jadi arab

Sama ada secara kebetulan atau disengajakan, berikutan banyak kritikan terhadap Astro yang memberi kontrak kepada syarikat Israel,

Astro Awani telah menerbitkan artikel di bawah:-SAMPAI habis bulan puasa saya tak jumpa jawapan kenapa apabila menjemput berbuka puasa atau bercerita bab buka puasa, ada sesetengah orang Melayu menyebutnya sebagai “iftar”? Hanya sesetengah, bukannya semua. Kenapa tidak kata “buka puasa”? Kenapa “iftar”?

Kalau segan sebut “buka puasa”, kenapa tidak kata “sungkai”? “Sungkai” dalam ejaan baku atau “sung-kei” dalam sebutan lisan adalah perkataan yang juga membawa maksud “buka puasa”. Ia bahasa sukuan Melayu di Sabah dan Sarawak.

Kenapa jauh-jauh sampai ke Arab mencari perkataan untuk “buka puasa”? Kenapa tidak jenguk ke Sabah dan Sarawak?

Saja tanya: Apakah lebih diterima puasa mereka yang “iftar” berbanding mereka yang “buka puasa”? Wallahu’alam.

Bagi sebuah negara yang Islamnya disekutukan dan diinstitusikan dengan Melayu serta tidak boleh lekang dengan Melayu — bahawa Melayu itu Islam dan masuk Islam itu masuk Melayu — kenapa “buka puasa” jadi Arab dan tidak jadi Melayu?

Sehari dua ini pula, sesetengah daripada mereka melayangkan ucapan “Eid Mubarak”, bukan lagi “Selamat Hari Raya”. Apa dosanya mengucapkan “Selamat Hari Raya” maka ditukar jadi “Eid Mubarak”? “Aidilfitri” pun ditukar jadi “Eidul Fitr”.

Ini bukan masalah “iftar” dan “eid mubarak” sahaja. Ini masalah sejak sembahyang jadi solat, tudung jadi hijab. Sedekah yang sudah memang asal perkataan Arab itu pun tidak lagi cukup untuk mengungkapkan pemberian harta kepada orang lain maka sekarang disebut infaq.

Kata Melayu yang hendak jadi Arab: “Kalau anta senyum, itu pun sedekah tapi kalau anta beri duit, itu namanya infaq.”

“Okay, bro. Tapi kenapa telekung jadi busana solat?” tanya Melayu yang bertahan cuba jadi Melayu.

Dari mana asal-usulnya semua ini sehingga Melayu hendak jadi Arab? Kenapa Melayu gila hendak jadi Arab? Kenapa NGO Melayu tak beri perhatian soal Melayu tak mahu jadi Melayu ini? Bukankah kalau Melayu jadi Arab maknanya nanti Melayu akan hilang di dunia?

Adakah ini kesan panjang sejak Ayatollah Ruhollah Khomenei pulang ke Tehran pada 1 Februari 1979 dan memulakan revolusi agung terakhir, sekaligus membuka imaginasi seluruh dunia tentang Islam dan negara Islam. Sejak itu, Tanah Melayu ini diislamkan semula selepas pengislaman pertama oleh para pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka semasa zaman kesultanan Melayu lama.

Atau apakah mungkin sebab lidah orang Melayu sekarang lebih mengenal nasi Arab berbanding nasi minyak dan nasi tomato atau setidak-tidaknya nasi ulam?

Di satu sudut Kampung Baru, kawasan petempatan tradisional orang Melayu tidak jauh dari KLCC yang dipertahankan bermati-matian biarpun terus diasak pembangunan dan pemodenan, sekurang-kurangnya ada empat buah restoran nasi Arab berderet di sebatang jalan.

Adakah itu sebabnya? Wallahu’alam.

Kepada Melayu-Arab, eid mubarak. Kepada Melayu yang lain-lainnya, selamat hari raya.

p/s: Orang Arab Islam menyambut Aidilfitri hanya sehari. Orang Melayu yang Arab atau yang lain-lain, Aidilfitrinya tidak usahlah terhentak sampai ke Hari Raya Haji.

Untuk menonton banyak lagi program-astroawani
-tranungkite-

1 ulasan:

nasa berkata...

Mmg perangai Melayu-Arab ni patut ditegur tp bukan psl istilah iftar dan pelbagai. Kenapa masih bersoal jawab perkara ttg rukun puasa, yg btl puasa dan remeh temeh. Kecuali nak beri penerangan kpd saudara baru.