"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tangan kanak-kanak putus dibaham harimau

Cascavel (Brazil): Seorang kanak-kanak putus sebelah tangan selepas dibaham seekor harimau setelah dia memanjat masuk ke kawasan larangan untuk mengusap haiwan berkenaan.

Saksi berkata, kanak-kanak berusia 11 tahun itu meraung: “Saya akan mati, tangan saya putus” selepas dia dibaham ketika dikatakan cuba menghulurkan daging menerusi kandang itu.

Sementara itu, adik mangsa berusia tiga tahun dipercayai menyaksikan kejadian di zoo di Cascavel itu.

Rakaman video yang dimuat naik melalui laman Liveleak menunjukkan mangsa dipapah melintasi sekatan keselamatan. Bapanya dikatakan membenarkannya memasuki kawasan larangan itu walaupun terdapat tanda amaran.

Guru muzik, Ricardo Espindola yang turut berada di tempat kejadian berusaha membantu bapa mangsa sementara menunggu ambulans tib
“Dia memberi makanan kepada harimau itu dan bergurau dengan binatang itu sambil mengusap haiwan itu dengan tangannya,” kata Espindola.
Foto
PARAMEDIK merawat mangsa di tempat kejadian sebelum dia dikejarkan ke hospital.
Menurutnya, selepas melihat harimau itu, Espindola beredar dan kemudian terdengar kanak-kanak itu meraung. “Saya berlari semula ke situ dan melihat bapa mangsa mendukungnya dengan tangan kanak-kanak itu terkulai. Saya segera menelefon ambulans.

“Kanak-kanak berkenaan dalam keadaan terkejut dan merapu dengan meraung yang dia akan mati selepas dibaham,” kata Espindola, semalam.

Mangsa dirawat oleh paramedik di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital dan doktor dipercayai terpaksa memotong tangan mangsa. Menurut seorang pekerja, harimau yang diberi nama Hu itu adalah antara haiwan yang paling ‘comel’ di zoo itu. 
-Agensi-

Tiada ulasan: