MOSCOW - RUSIA. Seorang penganalisis politik mendakwa serangan Charlie Hebdo sebenarnya didalangi agensi perisikan Amerika Syarikat (AS)menerusi satu segmen khas disiarkan saluran berita televisyen Rusia.
Alexei Martynov memaklumkan risikan AS melancarkan serangan itu bagi mensabotaj usaha global untuk menentang keganasan Islam, selain memberi tekanan kepada Presiden Perancis, Francois Hollande dalam mengekalkan sekatan ekonomi terhadap Rusia.
"AS berusaha meningkatkan kebimbangan Eropah terhadap keganasan supaya pemimpin rantau itu sentiasa meletakkan kebergantungan mereka kepada AS, sekali gus mengukuhkan penguasaan Washington di Barat.
"Tindakan itu jelas ditujukan kepada Rusia dan ia bertujuan menghalang negara Eropah daripada menolak pengaruh AS dan menjadi sekutu Rusia," katanya.
Kebelakangan ini, media Rusia sering menulis tentang teori konspirasi AS dan menuduh negara itu merancang untuk merampas Siberia dari Rusia serta sengaja menembak jatuh pesawat MAS, MH17 dengan tujuan memalukan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Teori tersebut cenderung menekankan kebenaran dari Rusia manakala AS pula sengaja memburukkan imej negara Barat.
Apa yang dilakukan AS dilihat mungkin sengaja ingin meningkatkan Islamophobia di negara Barat dan memecahbelahkan penduduk dunia. - VOX
Tiada ulasan:
Catat Ulasan