"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Banjir: Lebih 7,200 mangsa di pusat pemindahan di 4 negeri

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Pahang, Perak dan Kelantan terus mencatat penurunan dengan kira-kira 2,000 orang dibenarkan pulang setakat malam ini.

Pada masa ini, terdapat 7,282 mangsa di pusat pemindahan di ketiga-tiga negeri berkenaan dan Johor berbanding 9,341 orang petang tadi. Bilangan mangsa di Johor kekal 32 orang.

Di PAHANG, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata sebanyak 3,026 mangsa di enam daerah terjejas berbanding 4,908 orang pada sebelah petang.

Katanya Pekan merekodkan jumlah mangsa sebanyak 1,835 orang diikuti Kuantan (877), Temerloh (271), Maran (21), Bera (14) dan Bentong (lapan orang).

Kesemua mangsa ditempatkan di 15 pusat pemindahan yang masih beroperasi setakat ini, setelah lapan pusat ditutup.

Jurucakap itu berkata laluan Bentong-Raub masih ditutup selepas berlaku hakisan teruk akibat arus deras di jambatan Kampung Baru Bentong dan ia kini sedang dibaiki.

Pengguna dinasihat menggunakan jalan alternatif Bentong-Lebuhraya Karak-Cinta Manis-Sertik-Mempaga atau Lebu-Raub atau Sertik-Kuala Krau.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir mencatat penurunan kepada 2,381 mangsa daripada 639 keluarga di 12 pusat pemindahan berbanding 2,518 orang daripada 679 keluarga petang tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata Perak Tengah mencatat jumlah mangsa tertinggi sebanyak 1,860 orang, Hilir Perak (357), Manjung (127) dan Hulu Perak (37).

Di KELANTAN, jurucakap MKN Kelantan berkata dua pusat pemindahan telah ditutup menjadikan jumlah terkini 25 pusat pemindahan yang menempatkan 1,843 mangsa.

Jumlah mangsa yang direkodkan di jajahan Kuala Krai ialah 1,016 orang, Gua Musang (674), Tanah Merah (93) dan Machang (60).

Di JOHOR, bilangan mangsa banjir di Segamat kekal 32 orang melibatkan lapan keluarga di dua pusat pemindahan, malam ini. - Bernama
Sekumpulan sukarelawan turut bersama-sama guru-guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang mengumpul barangan yang musnah untuk dibuang ketika membantu membersihkan sekolah yang rosak teruk selepas tenggelam ketika daerah Temerloh dilanda banjir luar biasa baru-baru ini.
Dua pemain import pasukan bola sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Gonzalo Manuel Soto (kanan) dan Gabriel Miguel Guerro (dua, kanan) bersama penuntut Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia berganding bahu membersihkan dan mengemas Sekolah Rendah Agama At-Taqwa, Temerloh selepas sekolah itu rosak teruk dan berlumpur dilanda banjir besar baru-baru ini.
Anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) turut sama bergotong-royong bersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar yang teruk terjejas akibat banjir besar yang melanda Pahang baru-baru ini.
Buku-buku yang rosak dilonggokkan sementara ketika sukarelawan banjir bergotong royong membersihkan persekitaran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Ehyak Diniah Islamiah, Kampung Gajah di Perak selepas banjir beransur pulih.
 Nurul Azlia Mohd Ridzuan, 7, membantu memilih dan menjemur buku dan peralatan sekolah di rumah neneknya di Kampung Kelantan, Lenggong yang musnah akibat banjir.
Sebahagian penduduk Ladang Sokor, Tanah Merah terpaksa menggunakan air dari anak sungai untuk membasuh pakaian setelah bekalan air ke rumah mereka masih terputus selepas banjir teruk pada minggu lepas yang turut menenggelami penempatan ladang getah, baru-baru ini.
Jarah Awang Ahmad, 68, yang tinggal di dalam khemah sedang membersih perkakasan dapur yang masih dapat diselamatkan yang setelah rumahnya musnah akibat banjir di Kampung Manik Urai Baru, Kuala Krai.


Penduduk Kampung Aur Gading, Nur Farah Asyikin Man Hazelan, 18, sedih mengenang nasib setelah rumah yang didiami bersama keluarga musnah dihanyutkan arus deras Sungai Tanum di Lipis dalam kejadian banjir besar 23 Disember lepas. - fotoBERNAMA
Jamilah terima ujian ALLAH SWT dengan reda dan berharap ada hikmah di sebaliknya.
Hentikan main politik musim banjir

SHAH ALAM: Perbuatan bermain politik semasa bencana dan pasca banjir sepatutnya dihentikan, sebaliknya menjadi wadah memupukkan dan mengukuhkan kerjasama antara dua parti politik yang berbeza.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, parti-parti politik seharusnya menghentikan dan mengelakkan isu kebajikan dan bantuan kemanusiaan dipolitikkan.

Beliau menjelaskan, dalam soal bencana alam, ia menjadi tanggungjawab bersama antara dua parti pemerintah itu dan ia termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Ujarnya: “Mestilah (kerjasama) sebab kerajaan negeri dia ada bidang tertentu, kalau kita lihat senarai Persekutuan, terdapat senarai negeri dan senarai bersama.”

Menurut beliau, disebabkan tabiat suka bermain politik menyebabkan kerajaan negeri tidak boleh memasuki pusat pemindahan mangsa banjir di sekolah-sekolah hanya disebabkan fasiliti pendidikan itu di bawah bidang kuasa persekutuan.

“Perkara ini berlaku, ada beberapa kes di Kelantan di mana NGO ataupun Kerajaan Negeri tidak boleh masuk langsung ke pusat pemindahan ini,” kata Timbalan Dekan Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UIiTM).

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub yang menggesa kerajaan campuran di Kelantan diwujudkan untuk memastikan usaha balik pulih negeri itu yang terjejas teruk akibat bencana banjir dapat dilakukan sepenuhnya.

Mengulas lanjut, Shaharuddin menegaskan, tindakan menyekat mana-mana pihak untuk melakukan misi bantuan kemanusiaan itu tidak seharusnya dipolitikkan.

Sebaliknya katanya, kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu melupakan politik seketika dan menjadi koordinator untuk menyelaraskan bantuan daripada orang ramai dan NGO itu ke tempat sewajarnya.

“Jangan timbul isu begitu apabila berlaku bencana atau kecemasan, kena tinggalkan isu politik, kerajaan pusat dan kerajaan negeri kena bekerjasama secara erat berdasarkan tanggungjawab sosial mereka.

“Orang atasan (pemimpin negeri dan pusat) perlu tunjuk contoh yang baik, baru anak buah boleh ikut dengan wujudkan kesefahaman itu,” ujarnya, lapor Sinar Harian.
-fmt-


Khemah sementara diperlukan segera
Selepas banjir mulai surut, antara keutamaan mangsa adalah memperoleh segera khemah sementara untuk dijadikan tempat berteduh bagi mangsa yang rumahnya rosak teruk atau hilang dihanyutkan air.

Walaupun kerajaan telah menyediakan pusat pemindahan banjir, namun selepas bencana itu reda sejak beberapa hari ini, membuatkan mereka mulai pulang ke rumah masing-masing.

Tinjauan Bernama di sekitar Kampung Manik Urai Lama, di Kuala Krai, mendapati banyak keluarga terpaksa memasang payung dan menggunakan kain kanvas serta papan di tepi jalan bagi mendirikan kediaman sementara.

Selain itu, mereka juga dilihat memasang zink untuk dijadikan bumbung daripada sebahagian rumah mereka yang rosak untuk dijadikan sebagai tempat berteduh.

Ibu kepada tiga anak, Rohaiza Abdul Rahim, 45, berkata bahawa kediamannya di kawasan itu hampir kesemuanya ditenggelami air hingga mengakibatkan rumah rosak teruk.

Beliau berkata, dia dan suaminya terpaksa membina sendiri tempat berteduh sementara menggunakan kain kanvas serta beralaskan tikar mengkuang di tapak rumah mereka yang rosak.

"Kami terpaksa berbuat demikian kerana untuk mencari harta benda yang masih boleh diselamatkan dan diguna pakai.

"Saya mohon bantuan pihak kerajaan menyegerakan bantuan khemah sementara untuk dijadikan tempat berteduh kerana pada waktu malam, cuaca di sini amat sejuk," katanya ketika ditemui Bernama.

Tinjauan di sekitar Manik Urai Lama, amat menyedihkan kerana banyak jalan yang rosak serta berdebu, selain banyak rumah yang musnah dan kedai yang rosak akibat banjir.

Sementara itu, Jusoh Yahya, 56, berkata dia terpaksa mendirikan sebuah pondok apabila rumah milik peninggalan kedua arwah ibu bapanya rosak teruk.

"Saya hampir pitam apabila melihat rumah peninggalan arwah musnah sekelip mata, bagaimanapun saya sanggup menetap di sini bagi mengemas dan membersihkan rumah itu.

"Untuk membersihkannya rumah itu, ia mengambil masa dan saya terpaksa membina sebuah pondok khas tempat saya tidur, sementara menunggu bantuan khemah tiba," katanya.
- Bernama


Sukarelawan dari Kementerian Kewangan bersama penduduk setempat membersihkan kawasan sekolah yang dipenuhi lumpur selepas banjir surut di SK Tiong, di Kota Bharu, Rabu. Foto BERNAMA
MUSNAH... Mangsa banjir, Mohd Izuan Mohd Zin, 22, (kanan) dan Nurul Badriah Mohd Shukri, 15, sedih melihat rumah mereka musnah dalam bencana banjir di Kampung Guchil 3 di Kuala Krai pada Selasa. - fotoBERNAMA
Tinjauan dari udara yang dirakamkan fotoBERNAMA pada Isnin menunjukkan perkampungan sepanjang Sungai Pahang di daerah Temerloh yang dilanda banjir luar biasa.
 Kampung-kampung yang berada di kawasan persisiran Sungai Pahang seperti Jerantut, Kuala Krau, Temerloh dan Bera mengalami banjir besar selepas Taman Negara Kuala Tahan dilanda banjir luar biasa.
Beginilah keadaan kedai dan premis perniagaan di pekan lama Gua Musang, Kelantan akibat banjir besar yang melanda jajahan itu.
Pekan lama Gua Musang
Keadaan rumah penduduk yang musnah akibat banjir di Gua Musang, Kelantan. Bayangkanlah... bagaimanakah mereka ingin meneruskan kehidupan dalam keadaan kesempitan akibat bencana alam ini? - Foto: BERNAMA
Kesan kemusnahan harta benda penduduk selepas banjir besar melanda daerah Gua Musang, Kelantan. - Foto: BERNAMA
Mangsa banjir, Adirah Yusof bersama anaknya Kasih Hazrun, 6 bulan, hanya mampu berlindung di khemah yang dibina suaminya setelah rumah mereka musnah akibat banjir dari limpahan Sungai Kelantan di Kuala Krai, Kelantan. Foto: BERNAMA
Seorang remaja melalui kawasan rumahnya yang musnah akibat banjir di Kuala Krai, Kelantan. - Foto: BERNAMA
Keadaan kereta yang terbalik kesan daripada banjir besar yang melanda kawasan Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan. - Foto: BERNAMA
Mangsa banjir Azman Shah Hassan, 56, hanya mampu melihat tapak rumahnya yang hanyut akibat limpahan air Sungai Kelantan di Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan. Manik Urai antara kawasan yang teruk dilanda banjir, ditambah dengan terputus hubungan dengan kawasan luar. - Foto: BERNAMA



</p>
Kesan kemusnahan akibat banjir besar yang melanda Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan.
Manek Urai, Kuala Krai

JKR umum jalan alternatif banjir

Ekoran terputusnya laluan utama akibat banjir besar yang melanda Pantai Timur, Jabatan Kerja Raya (JKR) mengumumkan laluan alternatif untuk memudahkan pergerakan bantuan masuk dan pergerakan keluar daripada kawasan bencana.

JKR memuat naik arah laluan daripada Besut ke Alor Setar, Kuala Lumpur ke Dungun di laman Facebooknya hari ini.

Berikut laluan alternatif itu:

Laluan Besut ke Alor Setar

Besut - Setiu - Kuala Terengganu (Jalan Pesisir Pantai FT 003) - Kemaman - Kuantan - Gambang - Muadzam - Bandar Tun Razak - Bandar Baru Serting - Kemayan - Mancis - Telemong - Karak - Plus ke utara

Laluan Kuala Lumpur ke Dungun

Karak - Telemong - Manchis - Kemayan - Bandar Baru Serting - Bandar Tun Razak - Muadzam - Gambang - Kuantan - Dungun
Keadaan stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, dipenuhi air dalam kejadian banjir besar yang melanda Kelantan.
Keadaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan yang turut diancam banjir besar.
Kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan, meredah banjir.
Tinjauan dari udara menyaksikan bandar Kota Bharu, Kelantan lumpuh akibat banjir yang melanda negeri itu.
Anggota tentera dari 21 RAMD (Rajimen Askar Melayu Diraja) kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan membuat persediaan bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.
Suasana di pusat penempatan banjir, Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh, Kuala Krai, Kelantan.
Bantuan diagihkan kepada mangsa banjir di pusat penempatan banjir, Sekolah Kebangsaan Banggol, Guchil, Kelantan.
Anggota tentera menurunkan bekalan makanan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan.

Permandangan dari udara Bandar Kota Baharu yang ditenggelami air akibat limpahan air Sungai Kelantan di Kota Bharu semalam. - Foto Bernama


Keadaan banjir di Kelantan

Tiada ulasan: