"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Australia selamatkan Sirul dari tali gantung (Gambar wajah Sirul dan Azilah)


Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota elit polis, Sirul Azhar Umar.
Laporan Sydney Morning Herald menyebut, permohonan tersebut tidak akan dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati.

Laporan itu memetik kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia yang menyebut, ia hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.

“Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,” laporan itu dipetik
-malaysiakini-

Tiada ulasan: