"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nasihat Faekah kepada Wan Azizah

faekah-wan-azizah
PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan supaya tidak mengkhianati kepercayaan pengundi jika beliau dicalonkan dan menang di Permatang Pauh.

Nasihat itu diberikan oleh bekas Pembantu Peribadi beliau, Faekah Husin, yang turut menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak lagi mengulangi kesilapan pada 2008.

“Jangan sampai peristiwa 2008 berulang di mana beliau melepaskan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tindakan Wan Azizah ini telah mengecewakan pengundi,” katanya ketika dihubungi FMT pada Selasa.

Faekah, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkata, beliau percaya keputusan untuk bertanding itu bukan mudah untuk Wan Azizah kerana beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

Bekas ahli PKR itu berkata, dia simpati kerana Wan Azizah pernah menyatakan hasrat untuk mengurangkan aktiviti politik bagi memberi tumpuan kepada cucu dan aktiviti keagamaan.

Dia secara sinis menyatakan mengosongkan kerusi semakin membudaya dalam PKR seperti di Permatang Pauh dan Kajang di mana kedua-duanya kerana Anwar bukan faktor rakyat.

Faekah diketahui mempunyai hubungan sangat rapat dengan keluarga Anwar tetapi hubungan itu mula regang selepas dia dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2010.

Dia bertindak keluar PKR kerana tidak bersetuju dengan beberapa keputusan parti termasuk memecat Abdul Khalid dan Langkah Kajang.

Sementara itu, blog pro Pakatan Rakyat, omakkau.blogspot melaporkan ahli akar umbi PKR tidak setuju jika Wan Azizah bertanding di Permatang Pauh kerana perlu memberi tumpuan di Kajang.

Blog itu mendakwa, PKR sepatutnya meletakkan calon muda yang berkebolehan dan mempunyai pengaruh kuat kerana parti itu sudah berpecah antara kem Mohamed Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar selepas pemilihan 2014 yang lalu.

FMT difahamkan usaha mencalonkan Wan Azizah di Permatang Pauh adalah strategi untuk menyekat Azmin daripada dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
-fmt-

Tiada ulasan: