Mohamad Fadli
Kemunculan seorang pelajar perempuan menyanyikan lagu GST dan menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi viral.
PETALING JAYA: Sebuah klip video berdurasi satu minit dimuat naik di dalam laman sosial YouTube menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menyanyikan lagu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan lirik tersendiri yang berbentuk sindiran.
Kanak-kanak itu lengkap berpakaian seragam sekolah sambil duduk di sebelah pemandu menyanyikan lagu GST yang secara terang-terangan mengutuk pelaksanaannya dan pemimpin yang bertanggungjawab.
Lirik lagu itu secara langsung menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penipu kerana dengan pelaksanaan GST menyebabkan harga semua barang naik.
Lagu yang didendangkan menggunakan irama lagu kanak-kanak, ‘Baa Baa Black Sheep’ antaranya memuatkan lirik, “ABCD, GST harga semua naik tinggi. Gaji pun tak naik lagi, kena makan maggi mee. ABCDGST, Najib tipu rakyat lagi”.
Ia menimbulkan persoalan adakah wajar sama ada ibu bapa dan pihak lain mengeksploitasi kanak-kanak ini yang terlalu naïf dengan dunia politik.
-fmt-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan