"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hari 'asyura: Agama apakah ini?

Bubur 'asyura, syiah & Karbala
ABD RAZAK MUTHALIB
10 Muharam... Bubur 'asyura, syiah & Karbala
Bubur 'asyura sebenarnya bukan satu amalan yang dituntut pada 10 Muharam.
10 Muharam adalah hari yang istimewa dan bersejarah. Tanggal inilah berlakunya peristiwa Nabi Musa AS diselamatkan oleh ALLAH SWT daripada cengkaman firaun. Lalu Firaun ditenggelamkan.

Semasa Rasulullah SAW berada di Madinah, Baginda SAW mendapati kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharam. Baginda SAW bertanya kepada mereka (ahli Madinah) lalu mereka menjawab:

"Ini adalah hari raya bagi mereka, iaitu ketika ALLAH menyelamatkan Nabi Musa AS dan kaumnya lalu menenggelamkan Firaun. Justeru mereka berpuasa sebagai tanda bersyukur". Kemudian Baginda SAW bersabda: "Aku lebih utama kepada (Musa) berbanding mereka". Maka Baginda SAW pun berpuasa begitu juga sahabatnya". (Riwayat Bukhari no 4384)

Jadi, 10 Muharam adalah hari yang disunnahkan untuk berpuasa sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW. Puasa 10 Muharam dijanjikan dengan kelebihan yang khas seperti diriwayatkan oleh Abu Qatadah: "Rasulullah ditanyakan perihal puasa hari 10 (Muharam), lalu Baginda SAW menjawab: "Diampunkan dosa tahun sebelumnya." (Riwayat Muslim no 1968)

Namun, bagi membezakan antara amalan kaum Yahudi dan Islam, Rasulullah SAW menyatakan: "Pada tahun hadapan jika aku masih hidup maka akan aku berpuasa pada hari yang sebelumnya yakni sembilan Muharam." (Riwayat Muslim no 1909)

Kesimpulannya, tanggal 10 Muharam adalah hari yang istimewa di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah. Keistimewaan ini berdasarkan dalil yang sahih. Kita pula dituntut untuk meraikannya dengan ibadah berpuasa sunat. Ibadah puasa pada sembilan dan 10 Muharam disebutkan secara khusus dan dijanjikan pula dengan ganjaran yang khusus. Bersamalah kita rebut peluang ini.

Bubur 'asyura

'Asyura ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud yang ke-10. Dalam konteks ini, apabila disebut hari 'asyura ia merujuk kepada hari ke-10 Muharam. Maka, puasa sunat pada hari ini boleh disebut sebagai puasa 'asyura.

Namun, adakah disunatkan juga untuk kita memasak makanan yang khas? Dalam tradisi masyarakat kita, makanan yang biasa disediakan pada hari ini ialah bubur. Lebih popular dengan nama bubur 'asyura.

Sebenarnya menyediakan bubur 'asyura bukan amalan sunat yang dituntut pada 10 Muharam. Tidak ada satu dalil pun yang sahih menyebut mengenai kelebihan menyediakan makanan khas pada hari ini. Hadis yang menyebut perkara ini adalah hadis palsu.

Jadi, adakah memasak bubur 'asyura dianggap bidaah? Tidaklah semudah itu. Bubur adalah salah satu jenis makanan yang kita diharuskan untuk makan. Selagi mana bahannya halal, tidak ada halangan pun untuk kita menyediakannya. Sama seperti keharusan kita memasak bubur ayam, bubur cendawan, bubur kacang dan seribu satu jenis makanan lain. Jadi, masaklah apa-apa bubur pun pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Kita bebas untuk menokok tambah, mengubah suai cara masakan. Tetapi jangan menokok tambah dalam ibadat yang telah ditetapkan.

Namun, kepercayaan sunat menyediakan bubur 'asyura pada 10 Muharam dengan mengharapkan ganjaran yang khusus, maka ia suatu yang perlu diperhalusi. Sesuatu amalan yang ingin dikaitkan dengan agama, ia mesti bersandarkan dalil yang sahih. Di mana kita ingin cari dalil sahih yang menganjurkan dan menjanjikan kelebihan ini secara khusus?
Darah Karbala

Kita letak tepi dahulu perihal bubur 'asyura kerana ada lagi isu yang jauh lebih parah dan menjengkelkan daripadanya.10 Muharam di sisi penganut Syiah bukanlah isu ingin memasak bubur apa. Tetapi hari inilah hari mereka melakukan ritual meratapi kematian Saidina Husain bin Ali (cucu Rasulullah SAW) yang didakwa oleh mereka dibunuh oleh Yazid bin Muawiyah di Karbala.

Pendustaan demi pendustaan. Fitnah demi fitnah mereka lemparkan. Begitulah sikap keji satu aliran kepercayaan yang lahir daripada sikap dengki dan dusta. Penuh dengan nostalgia darah dan air mata.

Tidak ada satu pun riwayat sahih yang menunjukkan Yazid bin Muawiyah terlibat dalam pembunuhan Husain. Pembunuh Husain yang sebenar adalah dalam kalangan Syiah sendiri yang berasal dari Kufah. Fakta sejarah ini bukan hanya disebut oleh ulama ahli sunnah, bahkan diceritakan sendiri oleh tokoh-tokoh Syiah.

Antara ulama Syiah yang menyebutkan mengenai peristiwa ini adalah Baaqir Majlisi dalam tulisannya: "Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka: "Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh 'ketua pemuda ahli syurga' kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa." (Jilaau Al’Uyun, m/s 430)

Amalan ritual ratapan Syiah ke atas kematian Husain amat pelik. Pada 10 Muharam, mereka berkumpul dan sebahagiannya menyeksa tubuh sendiri dengan menampar dada, memukul badan dengan senjata tajam, menetak kepala sehingga cedera dan mengalirkan darah.

Dr Musa Al-Musawi dalam bukunya al-Syiah wa al-Tashih menjelaskan amalan ini: "Perlu kami asingkan satu bab khas mengenai memukul dengan rantai besi ke atas bahu, mengetuk kepala dengan pedang dan menyeksa badan pada hari ke-10 Muharam sebagai berkabung atas kematian Saidina Husain.

"Amalan yang masyhur ini sentiasa diadakan sebagai satu bahagian daripada musim perayaan sempena kematian syahid Saidina Husain. Amalan ini berlaku di Iran, Pakistan, India dan sebahagian di negara Lubnan pada setiap tahun. Dengan sebab itu berlaku pertempuran darah di antara Syiah dan Ahli Sunnah wal Jamaah di beberapa tempat di Pakistan menyebabkan beratus-ratus nyawa yang tidak bersalah terkorban daripada kedua-dua belah pihak yang tidak dapat tidak banyak diperkatakan," jelasnya.


Amalan pelik lagi ganas ini sukar untuk dinafikan oleh pengikut Syiah. Sudah terang lagi bersuluh. Walau pun kita mungkin belum pernah menyaksikan secara langsung, tetapi kita boleh layari dan saksikan di laman maya.

Mereka berkumpul dan melaungkan ratapan kononnya bersedih atas kematian Husain, sambil mencederakan diri sendiri. Bahkan, anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa pun turut dihiris kepalanya dengan pedang sehingga berdarah.

Agama apakah ini?

Adakah ini yang diajarkan Islam? Beginikah agama yang dibawa Rasulullah SAW? Syiah melakukan amalan ini di atas nama agama, sedangkan Islam berlepas diri dari segala bentuk kelakuan begitu.

Lihatlah apa yang Rasulullah SAW pesan: "Tidak termasuk golongan kami siapa saja yang menampar pipi (wajah), merobek saku, dan melakukan amalan Jahiliah." (Riwayat Bukhari no 1211)

Selain itu, meratapi kematian juga haram di sisi syariat Islam. Hukum ini disepakati jumhur ulama, antaranya ialah imam mazhab yang empat. Ia disenaraikan dalam dosa besar, seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kabai'r . Ini berdasarkan hadis yang banyak melarang antaranya riwayat Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Dua perkara berlaku ada manusia adalah kufur; mencela nasab keturunan dan meratapi ke atas mayat." (Riwayat Muslim)

Tidaklah menghairankan. Sebanyak mana pun dibentangkan hadis Nabi SAW, Syiah boleh sahaja mengabaikannya kerana sumber rujukan Syiah berbeza dengan Ahli Sunnah wal Jamaah.
-sinarharian-

1 ulasan:

abu bakar berkata...



Lebanese Sunni Cleric: Axis of resistance originates from teachings of Imam Hussein
Ashura, Lebanon
22 October 2015 18:26

Secretary General of the Union of Resistance Scholars said the Axis of Resistance has its origins in the teachings of Imam Hussein (AS).
Sheikh Maher Hammoud said the Axis of Resistance, which includes countries from Iran to Lebanon and Palestine, is based on the ideology of pure Muhammadan Islam and the Islamic values.
He also praised the resistance of the Palestinian youth against the Zionist regime, describing them as role models for everyone, reported Iqna.
The Axis of Resistance refers to the Middle East’s anti-arrogance countries such as Iran, Iraq, Lebanon and Palestine.
Elsewhere in his remarks, Sheikh Hammoud referred to the recent arrest of Ahmed al-Asir, a Salafist preacher who was involved in a deadly shootout with Lebanese government troops last year, and said political pretexts should not prevent the trial of al-Assir and others who have committed crimes.
Ahmed al-Assir was arrested in Lebanon in August.
He had been supporting foreign-backed terrorists in Syria since the war began in the Arab country in 2011.
In June 2013, 12 Lebanese soldiers were killed when Assir and a number of others opened fire on the soldiers in the southern city of Sidon.
In 2014, a military judge recommended prosecutors seek death sentences for Assir and 53 others, including former singer Fadel Shaker.
He and his associates were accused of “having formed armed groups that attacked an institution of the state, the army, killed officers and soldiers, took explosive materials and light and heavy weapons and used them against the army”.

http://www.islamicinvitationturkey.com/2015/10/22/lebanese-sunni-cleric-axis-of-resistance-originates-from-teachings-of-imam-hussein/