"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BANDUAN LELAKI SALAH HANTAR KE PENJARA PEREMPUAN

Terry Turner
Terry Turner pesalah lelaki disangka seorang wanita – Gambar Mirror UK
TENNESSEE – AMERIKA SYARIKAT. Polis sedang menjalankan siasatan selepas lelaki berusia 23 tahun secara tidak sengaja dimasukkan ke penjara wanita kerana menyangka dia adalah seorang wanita.

Terry Turner, yang berpakaian wanita ketika ditahan dibawa ke penjara wanita Shelby County atas tuduhan mencuri.

Bagaimanapun, kakaknya Sherita Turner memberitahu Fox13, abangnya itu telah memberitahu bahawa dia adalah lelaki namun pegawai polis tidak mempedulikan dakwaannya itu.

“Dalam gambar waran, dia berpakaian seperti wanita malah sebelum dibawa ke penjara, dia memberitahu bahawa dia adalah lelaki,” ujar Sherita.

Jurucakap Pejabat polis Shelby County berkata, pihaknya sedang menyiasat mengapa Terry telah diletakkan di penjara wanita dan bukan pusat tahanan lelaki.

“Perkara itu disedari selepas tahanan wanita menjerit selepas melihat alat sulit lelaki berkenaan ketika dia menggunakan tandas,” katanya dipetik Metro.uk.

Turner kemudiannya dipindahkan ke penjara lelaki dan kini telah dibebaskan.
-malaysiastylo-

Tiada ulasan: