"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Mayat warga Malaysia dibuang dalam tandas di Australia

KUALA LUMPUR: Polis Australia mengenal pasti mayat lelaki yang dibuang di dalam sebuah tandas sebagai warga Malaysia yang menetap lebih masa di negara itu.

Akhbar Australia, The Age melaporkan mayat Lim Ewe Leong, 47, ditemui di dalam tandas awam yang terletak di Lebuhraya Murray Valley, Boundary Bend, Victoria, kira-kira pukul 9 pagi, 18 September lalu.

Polis percaya Lim meninggal di lokasi lain dan mayatnya dibuang di dalam tandas antara pukul 8.30 pagi dan 9 pagi.

Hasil bedah siasat selama sebulan mendapati lelaki itu meninggal dunia akibat masalah kesihatan.

Detektif Siasatan Jenayah Robinvale percaya Lim memasuki Australia melalui Perth pada 28 November tahun lalu dan perlu meninggalkan negera itu pada 28 Februari tahun ini
-mstar-

Tiada ulasan: