"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 kanak-kanak berumur dua tahun dan lima tahun dirogol

NEW DELHI - INDIA. Dua kanak-kanak menjadi mangsa rogol dalam dua kejadian berasingan, Jumaat lepas.

Menurut laporan AFP, seorang kanak-kanak berumur dua tahun diculik semalam oleh dua lelaki di Nagloi dan dirogol, sebelum dilepaskan di sebuah taman berdekatan rumah mangsa.

Ketua polis West Delhi, Pushpendra Kumar pemeriksaan doktor mendapati mangsa dirogol sekurang-kurangnya sekali.

Satu operasi memburu suspek kini dijalankan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

Dalam kejadian berasingan, seorang kanak-kanak berumur lima tahun dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki di Anand Vihar.

"Baju mangsa koyak dan mempunyai kesan darah. Mangsa yang dijumpai orang awam kemudian memberitahu mangsa diserang secara seksual," kata pegawai polis Anand Vihar.

Pemeriksaan mendapati mangsa dirogol lebih dari sekali.

Kedua-dua mangsa kini diletakkan di dalam penjagaan rapi.

India mempunyai 36,735 kes rogol ada 2014 dan 2,096 daripada kes tersebut berlaku di Delhi.
-sinarharian-

Tiada ulasan: