Gambar seorang pelancong yang tidak dikenali bergambar dengan memegang kemaluan dua kanak-kanak tempatan memberangkan penduduk kampung.
Gambar yang dirakamkan di sebuah pantai yang dipercayai di Semporna, Sabah itu kini tersebar secara meluas di media sosial.
Polis juga dikatakan sedang menyiasat gambar berkenaan dengan cuba untuk menentukan di mana dan bila ia dirakamkan.
Kanak-kanak dalam gambar itu dipercayai dalam lingkungan usia dua hingga tiga tahun.
Sebelum ini, satu lagi gambar menunjukkan sekumpulan pelancong Asia bergambar dengan bertelanjang di sebuah pulau juga menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan.
Pada Mei lalu, polis menahan beberapa pelancong warga asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu.
Mereka bertindak menanggalkan pakaian masing-masing apabila berjaya tiba di puncak gunung berkenaan.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan