"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Najib bubar parlimen jika bajet 2016 ditolak?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya membuarkan Parlimen jika Bajet 2016 ditolak dalam Dewan Rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meletakkan jawatan jika gagal meraih sokongan majoriti dan kalah pada pengundian Bajet 2016 yang bakal dibentangkannya esok, kata Ketua Kluster, Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.

Kamal berkata, kerajaan akan hilang kepercayaan melalui dua cara iaitu melalui undi tidak percaya dan kalah dalam rang undang-undang penting.

“Jika perdana menteri kalah pada salah satunya, maka beliau harus meletakkan jawatan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, perdana menteri dapat mengelakkan daripada pelucutan jawatannya kerana beliau mempunyai pilihan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

“Jika Yang di-Pertuan Agong tidak setuju untuk membubarkan Parlimen, maka perdana menteri perlu meletakkan jawatan,” katanya.

Kamal berkata, Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk melantik seseorang yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen untuk memegang jawatan sebagai perdana menteri.

Beliau berkata, proses pengundian terhadap bajet, kebiasaannya memakan masa dan hanya akan berlaku dalam tempoh beberapa minggu selepas itu.

“Pembentangan bajet itu akan dibahaskan dan kemudian barulah diadakan pengundian,” katanya
-malaysianinsider-

1 ulasan:

IBU,FITRI SULISTIAWATI berkata...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.