"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Misteri Whatsapp daripada rakan meninggal dunia

Rakan kelas seorang lelaki yang meninggal baru-baru ini terkejut apabila terus mendapat mesej darripadanya dalam kumpulan WhatsApp.

Kumpulan perbualan yang terdiri daripada 19 bekas pelajar Sekolah Rendah Inggeris Banda Hilir di Melaka yang sekarang berusia 53 tahun itu terkejut besar apabila menerima mesej daripada Yong Soo Fah sehari selepas beliau meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bercuti di Langkawi pada 9 Oktober.

Akhbar The Star yang memetik bekas rakan sekelas Yong, Lim Dow Toon, berkata mesej yang berbunyi: "Marilah mula gembira sekarang semua F saya... saya pergi F."

Katanya, mesej itu dinaikkan pada 1:45pm pada hari berikutnya apabila jasad Yong dibawa pulang untuk urusan pengkebumian.

Pada mulanya, menurut Lim, beliau menyangka seorang daripada saudara Yong yang menghantar mesej itu tetapi apabila bertanya dengan keluarga, semua mereka menafikan perkara itu.

"Mereka juga memberitahu kami bahawa telefon bimbit Yong dimatikan tidak lama selepas beliau meninggal dunia," katanya dipetik akhbar itu.

Seorang lagi rakan sekelas mereka, Mak Chee Kin pula dipetik The Star sebagai berkata terdapat kekeliruan selepas kematian Yong.

"Mesej takziah terus mencurah beberapa jam selepas Yong meninggal dunia.

"Tetapi saya cukup terkejut apabila melihat mesej daripada si mati sendiri," katanya yang dipetik akhbar itu lagi.

Mak berkata beliau kemudian menghantar mesej dalam kumpulan itu dengan berkata Yong masih hidup dan ini adalah jenaka yang teruk.

"Bagaimanapun, kawan-kawan saya memanggil saya dan mengesahkan bahawa Yong memang benar telah meninggal dunia," katanya.

Katanya beliau percaya mesej itu membawa maksud: "Bergembiralah semua kawan-kawan saya... saya pergi dulu."
-malaysiakini-

Tiada ulasan: