"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hasrat Husam sertai Amanah: Masa depan politik Husam selamat dalam Amanah - Adun PAS

Detikdaily
PETALING JAYA: Datuk Husam Musa bebas menyertai Amanah kerana beliau tidak lagi bersama PAS, menurut seorang pemimpin PAS.Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad berkata, perjuangan politik bekas naib presiden PAS itu juga akan lebih cerah berbanding berjuang secara bersendirian.

“Itu pilihan dia, saya sokong, dia tidak boleh bersendirian. Lebih baik duduk di bawah satu jemaah dan jemaah akan menegur dia (Husam) dan menasihat dia, malah ada Amanah juga jemaah macam PAS.

“Kalau dia masuk Amanah itu lebih selamat berbanding dia duduk sorang-sorang, bagi saya kalau dia masuk Amanah itu perkara biasa, dia bukan masuk parti kafir, dia masuk parti Islam juga,” katanya kepada FMT ketika diminta mengulas hasrat Husam menyertai Amanah.

Husam sebelum ini menyampaikan hasratnya menyertai Amanah ketika turun membantu calon parti serpihan PAS itu di Kuala Kangsar Ahad lalu.

Beliau dipecat PAS 23 April lalu, kerana dituduh melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan perlembagaan parti.

Tiada ulasan: