"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Suami didakwa paksa isteri minum racun

Kota Bharu – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memaksa isterinya meminum racun selepas pasangan suami isteri terbabit mengalami masalah rumahtangga pada awal bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Abdullah Zaini, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Abdullah didakwa telah memaksa Syarifah Mohd. Yusoff, 35, untuk meminum racun dan telah mengakibatkan kecederaan kepada mangsa di sebuah rumah beralamat di Kampung Pak Roman, Machang dekat sini pada pukul 6 petang, 2 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahrul Razi Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Ahmad Bazli kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk memperoleh laporan perubatan mangsa dan laporan kimia jenis racun yang digunakan. 
-Kosmo-

Tiada ulasan: