Minderjeet Kaur
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi PPBM Tariq Ismail membidas Umno kerana membenarkan Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, yang dikehendaki polis bertanding jawatan tertinggi Pemuda.
“Jamal seorang pelarian yang dikehendaki, jadi bagaimana dia boleh bertanding jawatan Pemuda?” katanya, merujuk kepada waran tangkap terhadap Jamal selepas dia hilang dari hospital beberapa jam selepas dibaca pertuduhan pada 25 Mei lepas.
Pada 3 Jun lepas, Jamal, 48, menawarkan dirinya sebagai calon ketua Pemuda pada pemilihan Umno akan datang. Jamal berkata dia mahu membina semula semangat ahli parti.
Tariq bagaimanapun berkata ahli Umno yang lebih mudah dan lebih layak patut bertanding jawatan itu.
“Mengapa seorang 48 tahun bertanding jawatan Pemuda? Saya anggap dia seorang pemuda yang sudah bersara. Saya tahu Jamal seorang ahli yang aktif tapi kalau Umno mahu menjenamakan semula parti dan melakukan pengubahsuaian, mereka patut hentikan sarkas ini,” katanya.
Dia berkata pemilihan Umno satu sandiwara apabila membenarkan Jamal bertanding jawatan Pemuda pada usia itu dan statusnya pelariannya.
Tariq berkata Jamal harus tangani waran tangkapan terhadapnya daripada mahu menjadi hero untuk sebuah parti yang karam. Lagipun, dia belum pernah dengar mana-mana orang bertanding dari jauh.
Shahril Hamdan, yang menyasarkan jawatan naib ketua Pemuda berkata, perkara itu lebih baik diserahkan kepada para perwakilan untuk memilih calon yang terbaik memimpin mereka.
Seorang ahli majlis tertinggi Umno yang mahu namanya dirahsiakan berkata peraturan dan syarat-syarat Umno membenarkan Jamal bertanding.
“Selagi orang itu tidak muflis atau didapati bersalah melakukan jenayah, mereka boleh bertanding. Walaupun dia 48, dia boleh bertanding kerana ketua boleh dari apa sahaja usia. Hanya ahli saja yang perlu berusia 40 dan ke bawah.”
Beliau berkata ia sangat sedih Umno turun ke tahap ini.
“Bagaimana kita nak harapkan orang lain menghormati kita kalau kita benarkan calon seperti itu bertanding?” katanya, dan berharap dapat melihat perubahan dalam Umno selepas pemilihan 30 Jun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan