"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Senarai dedah nama 3 calon lain tanding jawatan presiden Umno tersebar

Senarai yang dikatakan mengandungi kesemua tujuh calon Umno yang akan bertanding jawatan presiden tersebar di media sosial.

Antara nama yang dipaparkan termasuklah empat calon yang sudah mengumumkan akan bertanding, iaiutu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dan penulis blog Rahmat Azim Abdul Aziz.

Senarai berkenaan turut mendedahkan tiga calon lain, iaitu Rosile Saat dari Umno Bangi, Mohamed Iqbal Maricair dari Umno Bandar Tun Razak, dan Mohd Yusof Musa @Jamaluddin dari Umno Iskandar Puteri.

Awal hari ini, Setiausaha Eksekutif Umno Ab Rauf Yusoh mengesahkan tujuh calon telah menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan presiden dalam pemilihan parti itu 30 Jun ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama mereka dengan mengatakan bahawa ketujuh-tujuh nama itu akan disaring terlebih dulu bagi memastikan mereka mempunyai kelayakan mengikut perlembagaan Umno.

Rauf juga enggan mengesahkan sama ada senarai yang tersebar di media sosial itu sah.

Semakan menunjukkan butiran nama dan kad pengenalan senarai berkenaan sepadan.

Timbalan Ketua Umno Bandar Tun Razak Saharudin Zainal Abidin mengesahkan Iqbal, yang merupakan anggota Umno dari bahagiannya akan bertanding untuk jawatan presiden.

"Dia (Iqbal) calon sendiri. Bukan melalui pengesyoran bahagian," katanya kepada Malaysiakini.

Tiada ulasan: