MALAYSIA DATELINE
Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berpendapat perubahan sikap pemimpin tertinggi Pas terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Tun Mahathir selepas PRU-14 adalah sebagai melucukan.
Menurutnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pula kelihatan menziarahi Najib yang sedang berdepan dengan siasatan sebaliknya menemui Mahathir walaupun sebelum ini melontarkan pelbagai kecaman.
“Yang lebih lucu, sebelum dan semasa PRU-14, semua tahu apa yang presiden parti suci tak kata kat Tun. Dan betapa ‘intimnya’ hubungan beliau dengan MO1 (Malaysian Official 1) hingga pernah berpakaian sedondon.
“Dan kita tak rajin juga dengar dia mengkritik MO1 di Parlimen semasa dia sesekali tunjuk muka kat Parlimen.
“Tapi, lepas PRU, tak nampak pula presiden parti suci ziarah MO1 di mana-mana meskipun ‘teman rapat’ sedang sesak dan berduka,” ulasnya di Facebook beliau hari ini.
Melihat sikap pemimpin Pas yang digelarnya ‘parti suci’ itu, Hanipa meminjam ungkapan Inggeris, ‘the proof of the pudding is in the eating’ yang bermaksud, ‘anda tidak tahu kualiti sesuatu benda/perkara melainkan anda telah cuba atau berpengalaman dengannya.’
“Yang beliau (Abdul Hadi) ziarah, lepas PRU nampaknya, tanpa rasa malu dan bersalah, adalah Tun M yang beliau hentam sakan sebelum itu,” ujarnya lagi sambil secara sinis mengaitkan situasi itu sebagai kehebatan politik matang dan sejahtera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan