"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lebih ramai akan diberhentikan atau letak jawatan dalam agensi kerajaan

Kamles Kumar
LEBIH ramai lagi pegawai agensi kerajaan seperti Tabung Haji dan Felda akan diberhentikan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.

Beliau akan bertemu lembaga pengarah Tabung Haji dan menjangkakan akan menerima beberapa peletakan jawatan.

“Saya akan bertemu Tabung Haji minggu depan bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi agensi itu. Saya menjangkakan akan ada beberapa peletakan jawatan,” kata Azmin kepada The Malaysian Insight selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya hari ini.

Timbalan presiden PKR itu berkata beliau sudah bertemu pihak Felda minggu ini dan menegaskan pihak pengurusan harus bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi agensi berkenaan sebelum ini.

“Pihak pengurusan harus bertanggungjawab. Saya memberitahu Felda yang mereka harus melakukan perubahan secepat mungkin. Mereka akan dipertanggungjawabkan terhadap masalah yang melanda Felda,” katanya.

Kenyataan Azmin itu berikutan tindakan Putrajaya menyingkirkan beberapa eksekutif syarikat berkaitan kerajaan dan menamatkan khidmat lantikan politik susulan pertukaran kerajaan selepas pilihan raya 9 Mei.

The Malaysian Insight pada awal minggu ini melaporkan Putrajaya tidak memperbaharui kontrak CEO Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Mohd Badlisham Ghazali, yang tamat bulan ini, sementara CEO Malaysian Resources Corporation Bhd Mohamad Salim Fateh Din pula akan bersara hujung Jun ini.

Bekas pengerusi Felda Shahriri Samad dari Umno meletak jawatan selepas Barisan Nasional kalah di peringkat Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Agensi itu antara lain menanggung hutang yang tinggi selepas menyerahkan pengurusan ladang mereka kepada anak syarikat.

Felda juga diselubungi skandal apabila tanah bernilai tinggi milik mereka di Jalan Semarak ditukarkan hak milik kepada pemaju tanpa menerima sebarang bayaran.

Tabung Haji pula terlibat dalam pembelian tanah di Tun Razak Exchange daripada 1Malaysia Development Berhad dengan harga lebih tinggi.

Tiada ulasan: