"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kantoi: “Zahid kaki penipu, dia yang merayu hendak jumpa Dr Mahathir”

MALAYSIA DATELINE
Zahid Hamidi bersama Khairuddin Hassan pada hari bertemu dengan Tun Mahathir, sebulan selepas PRU-14.

Berang dengan dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tentang pertemuan dengan Tun Mahathir, bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memanggil Zahid sebagai ‘kaki penipu dan manusia fasik.’

Khairuddin mendedahkan Zahid merayu dengannya agar mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri bukannya Dr Mahathir yang menjemput pemangku Presiden Umno itu seperti didakwanya.

“Zahid Hamidi kaki penipu! Dia yang merayu nak jumpa Tun Dr Mahathir Mohamad! Saya yang bawa beliau jumpa Perdana Menteri bukan Perdana Menteri jemput beliau.

“Zahid Hamidi ini semacam ‘iblis’ bertopengkan manusia! Dia kaki penipu dan kaki pembelit! Setiap tutur katanya kini penuh dengan pendustaan!” tegas Khairuddin dalam kenyataannya di Facebook hari ini.

Menurutnya, Tun Mahathir tidak perlu jumpa pemimpin ‘sampah’ seperti Zahid dan menyifatkan perangai Ahli Parlimen Bagan Datoh itu sebagai terlalu hodoh.

“Setelah merayu nak berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan akhirnya saya susun untuk beliau bertemu dengan Perdana Menteri dan beliau diasak serta diserang ahli-ahli Umno khususnya di saat nak bertanding jawatan presiden parti, kini Zahid Hamidi ubah pula skrip pembohongannya itu.

“Ucapan politiknya itu tidak berasas sama sekali. Inilah kualiti pemimpin-pemimpin Umno yang hanya bijak menipu ahli-ahlinya saja demi ‘survival’ politik mereka.

“Untuk pengetahuan semua rakyat malaysia, Tun Dr Mahathir tidak pernah meminta Ahli-ahli Parlimen Umno untuk lompat masuk parti Bersatu,” jelasnya.

Zahid ketika berucap dalam Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor semalam mendakwa Tun Mahathir meminta kesemua Ahli Parlimen BN terutama Umno memasuki Bersatu.

“Apa yang telah disebutkan oleh Perdana Menteri, antaranya beliau (Mahathir) meminta supaya ahli-ahli Parlimen BN khususnya Umno untuk menyertai Bersatu.

“Saya menjawab dengan tegas tidak ada jalan bagi kita untuk menyertai parti berkenaan,” katanya di PWTC itu.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, pendustaan Zahid hamidi seperti ketika berbohong kepada 32 juta rakyat Malaysia mengenai derma RM2.6 bilion dari kerabat Arab Saudi yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, beliau menggesa ahli-ahli Umno supaya tidak memberi walaupun satu undi kepada Zahid yang bertanding merebut jawatan Presiden Umno pada Pemilihan Umno akhir bulan ini.

Tiada ulasan: