"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

PANAS!!! PAS Kedah tawar jawatan MB kepada ADUN Amanah untuk tawan kedah

Pancing wakil rakyat Amanah
ROSLINDA HASHIM  
ALOR SETAR - Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh mendakwa Pas cuba pancing wakil rakyat parti itu bagi memperoleh kelebihan undi dalam Dun Kedah.

Menurutnya, wakil rakyat Amanah itu turut ditawarkan jawatan Menteri Besar bagi membolehkan Pas menguasai kerusi Dun, sekaligus membentuk kerajaan.

Katanya, ini membuktikan Pas tamak kuasa dan tidak dapat menerima kenyataan berhubung kekalahan parti itu di Kedah.

“Perancangan Pas adalah apabila wakil rakyat Amanah itu nyatakan sokongan kepada Pas, kerusi mereka bertambah kepada 16, kerusi Pakatan Harapan pula berkurang satu. Pada masa sama, mereka risik lagi wakil rakyat PKR untuk pastikan kelebihan undi,” katanya.

Ismail berkata, kemungkinan Pas akan berusaha untuk memperoleh sekurangnya 19 kerusi Dun agar beroleh majoriti.

“Saya difahamkan ada tawaran dibuat kepada Adun terbabit secara tidak rasmi, namun tidak pasti sama ada hanya berikan sokongan atau pujuk lompat parti,” katanya.

Menurutnya, sikap sebenar Pas itu menyerlahkan betapa gelojohnya parti itu untuk mendapatkan kuasa di Kedah.

“Pas seolah tidak hormati keputusan rakyat sedangkan rakyat sudah bagi mandat kepada Harapan. Jika Pas hormati rakyat, isu ini tak akan timbul,” katanya.

Ismail berkata, kemungkinan Adun Amanah terbabit menjadi sasaran kerana sebelum ini beliau menolak tawaran jawatan exco termasuk terajui GLC negeri.

“Mungkin wujud andaian konon beliau ada krisis dengan pimpinan Harapan, sedangkan beliau menolak dengan sukarela kerana mahu tumpu pada kawasan,” katanya.

Sebelum ini, Pas menamakan Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi sebagai calon Speaker sejak awal lagi, ketika menawarkan pembentukan kerajaan perpaduan di Kedah.

Difahamkan, calon Speaker Dun Kedah dari Harapan yang dicadangkan adalah bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Datuk Ahmad Kassim manakala Adun Ayer Hangat, Juhari Bulat sebagai Timbalan Speaker.

Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas Adun terbabit yang didakwa cuba dipancing Pas, namun gagal dihubungi.

Tiada ulasan: