"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PANAS!!! Surat dari SEORANG PEGAWAI KANAN PDRM..?? Tentang Skandal IGP dan Pengarah2 PDRM..???

YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
No. 1, Jalan P8H Precinct 8,
Putrajaya 62250 Malaysia

YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri,
Blok D1, D2 & D9, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya

Assalammualaikum warahmatullahi wabaraqatuh dan salam sejahtera Tun dan Tan Sri. Terdahulu saya ingin mengucapkan ribuan tahniah ke atas kemenangan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun pada pilihanraya ke 14 baru-baru ini dan kemenangan ini menunjukkan bahawa suara rakyat adalah suara keramat. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin kerana telah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru di dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

2. Saya percaya kerajaan PH ini akan bertungkus lumus untuk menjalankan kewajipan mereka kepada rakyat dan berusaha merealisasikan janji-janji dalam tempoh 100 hari yang pertama dan juga dalam tempoh mandat yang telah diberikan kepercayaan oleh rakyat..

3. Saya sedia maklum dan Tun juga yang sebelum ini yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, bahawa untuk memastikan semua janji janji ini dapat dilaksanakan setiap kementerian dan agensi serta anggota perkhidmatan awam menstilah memberikan komitmen 100% kepada kerajaan PH dan mereka mestilah mengikut the Rule of Law dalam menjalankan tugas mereka.

4. Ajensi yang saya ingin utarakan kepada YAB Tun adalah pasukan PDRM. Saya meminta maaf kerana saya sendiri adalah seorang pegawai PDRM dan saya ingin utarakan kepada Tun bahawa PDRM juga tidak lari dari gejala salah guna kuasa dan rasuah yang amat teruk sekali. Kata pepatah Melayu, ikan busuk dari kepalanya dan dalam konteks ini terdapat pegawai kanan di peringkat tertinggi yang telah menyalahguna kuasa dengan bantuan pimpinan kerajaan BN dahulu. Mereka ini adalah titik hitam yang perlu dilupuskan. Mereka-mereka ini mesti ditukarkan keluar ke jabatan kerajaan lain atau yang mana disambungkan kontrak mereka, diberhentikan serta merta supaya PDRM dapat menjalani transformasi mengikut Rule of Law, dan berpaksikan tanggugjawab kepada parlimen. Di sini saya akan utarakan segelintir dari pucuk pimpinan PDRM yang terpalit dengan skandal rasuah termasuk 1MDB dan juga salah guna kuasa dan kenapa mereka perlu diberhentikan kontrak mereka atau ditukarkan keluar serta merta dan juga segelintir permata yang bersinar tetapi telah dilenyapkan kerana tidak mahu bersekongkol dengan perompak dan penyamun harta negara dan perlu dinaikkan pangkat supaya tidak ada masalah dalam perjalanan operasi PDRM.

5. Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi bin Harun-
Bekas pengarah Cawangan Khas yang telah memastikan kerajaan BN masih memerintah sehingga ditendang keluar minggu lalu. Ya, seluruh tenaga SB atau Special Branch atau Cawangan Khas telah digunakan untuk maksud ini. Bahagian SB ini saya akan ceritakan kemudian. KPN ini dilantik oleh saudaranya iaitu bekas Menteri KDN yang lama iaitu Zahid Hamidi. Beliau dilantik kerana beliau adalah seorang yang terlalu baik sehingga tidak ada ketegasan dan boleh diarah-arah begitu sahaja oleh pihak yang ada tujuan tertentu. Tidak ada command and control dan dan tiada langsung leadership ability. Tujuan utamanya adalah untuk digunakan oleh pihak BN. Beliau pernah berkata bahawa tujuan beliau dilantik adalah supaya memastikan BN terus memerintah. Semasa dalam tempoh parlimen di bubarkan, cuba semak berapa kalikah aset PDRM seperti keanggotaan, peralatan dan kenderaan serta pesawat udara yang digunakan untuk kegunaan Zahid Hamidi di kawasan parlimennya untuk meraih undi. Pesawat udara sahaja yang digunakan oleh Zahid Hamidi dan staf kementeriannya yang sepatutnya bebas dari tujuan politik telah digunakan yang menelan belanja berjuta juta ringgit. Ini telah menyebabkan beberapa jumlah juruterbang PDRM yang telah menyampah sehingga ingin berhenti dari pasukan kerana tidak tahan dengan melayan perompak harta negara yang membazir masa penerbangan yang menelan beratus ribu ringgit. Audit perlu dilakukan untuk mendapatkan kembali wang tersebut. Selain daripada itu, beliau juga telah menerima arahan supaya menyiasat ahli pembangkang dengan prejudis dan tanpa segan silu yang perbuatannya adalah selective investigation dan semua repot polis tehadap ahli BN tidak dihiraukan langsung. Beliau juga mengeluarkan kata-kata tidak puas hati yang kerajaan BN akan tumbang sekiranya PDRM tidak berbuat apa-apa. Ini menunjukkan dia telah menggunakan aset PDRM untuk memastikan kerajaan BN tidak tumbang dalam satu proses demokrasi yang sah disisi perlembagaan.

Dia juga yang telah tamatkan siasatan terhadap pengarah JSJ CP Wan Najmuddin yang yang penuh dengan skandal rasuah di Australia semata-mata atas arahan Zahid Hamidi supaya dia dikekalkan sebagai Pengarah CID secara kontrak walaupun telah bersara.

KPN ini juga bertanggujawab kepada bekas KPN TS Khalid Abu Bakar dan Zahid Hamidi dan Najib supaya siasatan 1MDB akan selalu tidak selesai atau tidak dijalankan langsung supaya kedua-dua bekas Menteri ini tidak akan disiasat sampai bila-bila kerana kedua-dua menteri ini bertanggungjawab dalam wang yang RM2.6B yang masuk dalam akuan Najib dari SRC dan Zahid Hamidi yang telah memberi alasan yang tidak munasabah untuk bosnya kononnya ia adalah wang dermaan Pak Arab.Dia juga telah mengumumkan bahawa Jho Low tidak terlibat dalam skandal 1MDB. Ini semua di buat untuk mengambil hati Zahid Hamidi dan Najib. Dia juga enggan mengarahkan RED NOTICE dipohon oleh pihak INTERPOL Malaysia walaupun didesak oleh pegawai kanan PDRM yang lain (saya akan ceritakan siapa mereka yang masih sayangkan negara ini dan sanggup tidak menjual maruah mereka kerana sayangkan PDRM dan negara sehingga mereka diketepikan) Sebab itulah Fuzi Harun ini dilantik sehingga sekarang. Dia juga enggan menyiasat MB Negri Sembilan dibawah sek 506 KK iaitu mengeluarkan kata kata ugutan dalam ceramah pilihanraya kepada sesiapa yang menentang BN dan akan pastikan mereka yang menyerang pihak PH sekiranya ditangkap akan dijamin oleh bekas MB itu sendiri.

KPN ini juga bersuhabat dengan KP ROS yang telah mengharamkan PBBM dan lain lain parti politik pimpinan Tun dengan menukarkan seorang pegawai kanan PDRM yang bertugas dengan jabatan ROS dengan serta merta kerana telah memberi maklumat kepada orang ramai tentang kejahatan yang dilakukan oleh KP ROS.

Sudah tentu dengan kepincangan dan ketidakcekapan seorang KPN yang tercalit dengan berbagai skandal , Jamal Pak Tongkol pun boleh mempermainkan PDRM ini.

6. Tim Ketua Polis Negara- Tan Sri Rashid
Beliau yang sepatutnya bersara telah disambung perkhidmatannya adalah untuk memastikan juga kerajaan BN akan terus memerintah. Tiada pendirian tentang apa yang betul dan salah. Semasa dibawah pentadbiran bekas KPN Tan Sri Khalid , DIG ini telah bersekongkol dengan bekas KPN itu untuk cover up kes 1MDB hanya semata mata untuk mempertahankan Najib dan Zahid Hamidi. Semasa ditanya oleh pihak akhbar dalam press conference selalu menjawab yang dia tidak tahu apakah status siasatan 1MDB padahal sebagai Tim Ketua Polis Negara setiap siasatan yang menarik perhatian akan dimaklumkan kepadanya. Jelas kedua-dua pucuk pimpinan PDRM dan bekas KPN telah bersuhabat untuk melindungi pencuri dan pengkhianat negara yang telah melenyapkan berbilion billion RM dan habuan mereka adalah jawatan tinggi dan penyambung perkhidmatan secara kontrak setelah bersara atau mendapat jawatan lain setelah bersara seperti pengerusi PRASANA seperti yang dikurniakan kepada bekas KPN Khalid Abu Bakar. DIG ini juga mempunyai anak anak yang tak berkualiti. Semua tahu yang seorang daripada anaknya adalah tokan dadah yang ganas di KL dan di Sabah. Pernah anggota yang menahan kereta anak-anaknya ditahan telah diherdik oleh anak anaknya dan juga oleh DIG ini sendiri. Sepatutnya bangkai hidup macam ini dibuang sahaja dan sekiranya ada bukti kukuh melindungi Najib dan konco-konconya, disiasat dan dituduh.

7. BEKAS PENGARAH CAWANGAN KHAS MOKHTAR SHARIFF
Beliau dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas walaupun telah bersara untuk tujuan yang sama iaitu mengekalkan BN dalam kuasanya. Semasa baru mengambil jawatan PCK, dia telah memanggil semua KCK Ketua Cawangan Khas Negeri dan telah arahkan mereka dalam mesyuarat bahawa tujuan utama dia dialntik adalah untuk mengkekalkan BN dalam kuasa. Arahan supaya mendapatkan semua kesilapan parti pembangkang perlu diperbesarkan sehingga semua rakyat faham atau mengada- adakan kes yang tidak benar contohnya adalah kononya salah laku KM Pulau Pinang adalah satu contoh. Mereka juga tidak teragak-agak untuk mencipta skandal yang lain siap dengan bukti yang seakan-akan betul terhadap pemimpin pembangkang lain supaya rakyat benci pembangkang dan sekarang kerajaan PH. Arahan telah dikeluarkan untuk membuat operasi pengekoran terhadap semua ahli politik pembangkang serta keluarga mereka dan merakamkan perbuatan mereka dan upload dalam social media untuk memalukan mereka. Menutup semua kesalahan parti memerintah supaya mereka dilihat perfect. Ini tugas utama SB dibawah kawalan Mokhtar Sharif. Selain daripada itu untuk memastiakan semua ahli pembangkang yang keluar negeri disiasat dan diekori dan dirakam dengan menggunakan SBLO yang terdapat di semua negara. Sepatutnya SBLO ini digunakan untuk menyiasat rancangan jahat kerajaan asing terhadap negara kita tetapi telah disalah gunakan untuk mengekori pembangkang yang keluar negara, mengekori pelajar Malaysia diluar negara lebih-lebih lagi yang menerima tajaan kerajaan dan juga orang awam yang berada disana, Untuk lawatan Najib ke USA yang mana dikatakan di atas jemputan Presiden USA Donald Trump,2 orang SBLO yang bertugas sepenuh masa telah memastikan setiap laporan yang disiarkan adalah positif dan menunjukan bahawa ianya adalah atas inisiatif Trumph dan Najib akan kelihatan sebagai hero. Sila semak dengan mereka berdua berapa kalikah bekas KPN itu telah dihantar ke USA di atas arahan Najib untuk berusaha supaya DOJ tidak mengambil tindakan drastik terhadap Najib Razak. Usaha ini telah dibantu oleh Duta Malaysia ke USA yang mana adalah lantikan politik Najib.

Untuk pilihanraya pulak pihak SB telah digunakan untuk membawa penyokong kerajaan dengan kereta sendiri untuk mengundi dan setiap KCKD Ketua Cawangan Khas daerah diarahkan memastikan semua MP atau ADUN Kerajaan di Kawasan masing masing dipertahankan agar mereka menang. Selain itu pihak SB ini pula menerima banyak wang dari calun-calun BN yang akan diketengahkan kepada BN pusat dengan memberikan laporan-laporan calun yang baik. Semuanya untuk habuan. Oleh kerana itulah ramai calun BN yang kalah kerana pada peringkat akar umbi tidak diterima tetapi dengan memberi habuan kepada SB diperingkat daerah maka nama mereka tetap akan diangkatkan. Ini lah tugas SB.

Untuk Pilihanraya Kecil pulak, mereka akan buat perang saraf. Ya Tun, perang saraf yang digunakan untuk mengalahkan gerila kominis ini digunakan untuk menukar pandangan masyarakat setempat semasa PRK untuk menyokong parti BN dan mengalahkan parti pembangkang. Yang paling ketara semasa PRK mereka akan gunakan wang yang berjuta-juta diagihkan dengan cara pergi rumah ke rumah dan berkempen bagi pihak BN. Inilah masalah kenapa poltik wang sukar dihapuskan kerana SB PDRM sendiri yang menggunakan untuk menangkan pihak BN.

Semasa siasatan 1MBD bekas KPN Khalid Abu Bakar telah menggunakan mereka untuk mengekori setiap ahli siasatan 1 MDB dari SPRM ke Gabenor BNM dan juga telah bertanggungjawab mengekori bekas Peguam Negara dan akhirnya telah melakukan serbun ke pejabat beliau di atas arahan saspek no 1 iaitu MO1 atau lebih dikenali sebagai Najib.

Pengarah SB ini juga pernah diserbu rumahnya kerana berjuta juta wang telah dijumpai dalam rumahnya di Johor Bahru semasa beliau menjadi KP Johor. Penyiasatan terhadap akaun peribadinya dan bagaimana beliau menjalani kehidupan seharian dengan wang berjuta juta dalam simpananya perlu dijalankan.

Selain daripada itu mereka juga adalah penyelaras propaganda BN supaya setiap laporan yang disiarkan oleh akhbar akan mendapat kelulusan mereka. Contoh yang paling ketara adalah setiap kehadiran penyokong dalam perhimpunan BERSIH dan setiap kehadiran untuk ceramah Tun perlulah dirujuk kepada SB untuk mendapatkan jumlah yang sepatutnya ditulis. Ini adalah supaya jumlah yang rendah disiarkan disemua akhbar perlu diselaraskan supaya orang ramai akan percaya. Mereka juga digunakan untuk meramaikan semua acara Najib diseluruh pelusuk negara dan memastikan kehadiran yang dilaporkan adalah sentiasa tinggi.

Jabatan Cawangan Khas perlu dikeluarkan dari PDRM dan tugas mereka perlu di selaraskan daripada menyiasat dan mengumpul risikan terhadap ahli politik kepada menukar mindset untuk mendapatkan risikan keselamatan dari ancaman kegananasn terrorism dan jenayah yang makin meningkat. Keanggotaan mereka perlu dikurangkan dan dihantar kepada jabatan lain seperti CID yang memerlukan kepakaran mereka dan juga dalam bidang anti terrorism.

8. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik- Dato Sri Mohammad Salleh
Beliau adalah sebelum ini adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah. Apabila skandal Gopi meletup iaitu skandal menjalankan perjudian dan pelacuran haram di Melaka dan seluruh negara oleh SPRM, namanya dan nama KPN lama telah dipampang di rekod telepon mobil si Gopi diseluruh negara dan media sosial.Panggilan berpuluh kali terhadap kedua dua saspek, ya kedua-dua ini adalah saspek kerana pihak SPRM telah menamakan kedua-dua mereka sebagai saspek kerana mereka adalah orang yang yang telah menerima suapan berjuta juta ringgit dari sindikit Gopi ini. Mereka terlibat dalam penukaran pegawai kanan yang enggan terlibat dengan Tauke Gopi ini dan telah ditukarkan dengan pegawai kanan yang boleh dirasuah oleh Gopi. Dengan ini semua mereka akan dapat menikmati habuan wang rasuah yang akan diterima oleh mereka ini. Semua ini terhenti apabila bekas KPN telah menemui Zahid Hamidi yang jadi Menteri KDN pada masa itu dan meminta tolong. Dia telah hubungi DS Najib yang mana telah memaklumkan kepadanya bahawa sekiranya mereka kedua-dua ini ditangkap, maka mereka akan membongkar semua siasatan 1MDB. Apabila Najib mendengar ini terus dia telah arahkan SPRM yang mana ketuanya adalah konco Najib no 1 untuk memberhentikan siasatan terhadap mereka dengan memberikan sebab yang munasabah. Maka untuk menyelamatakan Najib, Zahid dan kedua dua pegawai ini iaitu DS Mohamhad Salleh dan bekas KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar, SPRM telah memberhentikan siasatan dengan memberikan alasan bahawa saspek utama dan saksi skandal ini telah melarikan diri. Cuba bayangkan sekiranya saspek utama ini hilang kenapa tidak dipohon PDRM untuk masukkan mereka dalam WANTED LIST tetapi dibiarkan mereka hilang begitu sahaja. Pihak Peguam Negara iaitu Apandi telah menghalalkan semua ini supaya mereka sendiri juga terselamat sekiranya skandal ini meletup. DS Salleh ini masih mempunyai sebuah restoren India di Bukit Bintang yang dikongsi bersama Gopi sehingga hari ini. Selain itu pihak D7 dibawahnya telah menerima jutaan ribu RM untuk menyediakan kes fail untuk sesetengah saspek dan kemudian membebaskan mereka dengan pembayaran yang sesuai. SPRM dibawah pimpinan yang baru perlu menyiasat mereka ini sehingga akar umbi sehingga ke lubang cacing.

9. Dato Sri Acryl Sani- Pengarah Logistik dan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenyah Komersil. Dia ni telah bersekongkol dengam pentadbiran Najib supaya siasatan 1MDB tidak akan diselesaikan siasatannya sampai bila bila. Dia juga telah menjadi Ahli Suruhanjaya Diraja menyiasat kehilangan wang dalam pasaran matawang semasa Tun dan telah bersuhabat dengan Khalid, Zahid Hamidi dan Najib untuk melenyapkan siastan 1MDB dan lain lain skandal BN semasa menjadi pengarah Jabatan Siasatan Komersil.

10. Dato Sri Wan Ahmad Najmudin-Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Pegawai ini walaupun telah bersara telah disambung perkhidmatannya kerana diarahkan oleh KPN TS Fuzi untuk membantunya menutup kes 1MDB dan juga telah bersekongkol menutup semua kes ahli BN dan juga memastikan sekiranya siasatan dijalankan ianya akan menemui jalan buntu dan terpaksa dibebaskan. Bersekongkol dengan KPN untuk tidak menjalankan siasatan terhadap bekas MB NS yang telah mengugut sesiapa yang menyokong BN dengan menyerang mereka di kedai kedai kopi dan juga memberi jaminan akan menolong mereka untuk dijamin sekiranya mereka ditangkap. Yang terbaharu telah menjatuhkan imej diseluruh negara dan dunia apabila terkantoi terlibat dengan pengubahan wang haram. Peliknya siasatan dijalankan oleh pihak Australian Federal Police menunjukkan wang yang dimasukan adalah dari individu berlainan di seluruh Australia. Bagaimana pihak tatatertib PDRM dapat menyelesaikan kes tersebut dan di atas arahan siapa? Dia juga telah bersekongkol dengan KPN serta KP Kuala Lumpur untuk menyiasat Tun M secara terburu buru dibawah Akta Berita Palsu tanpa seorang pegawai penyiasat pun yang pergi menjalankan siasatan untuk mengenalpasti punca kerosakan pada pesawat itu. Ini adalah selective investigation.

11. Dato Mazlan- Ketua Polis Kuala Lumpur
Beliau telah menggunakan pengaruh istana untuk mendapat posisinya sekarang dengan cara paksaan kepada pucuk pimpinan. Mempunyai perniagaan bernilai jutaan ribu ringgit dengan pihak istana dan telah gunakan campurtangn istana untuk mendapatkan jawatan sekarang. Terlibat dengan siasatan 1MDB dan enggan membantu dalam apa apa serbuan atau siasatan di Kuala Lumpur. Bertungkus lumus ingin menangkap pihak pembangkang kerana telah dijanjikan jawatan salah satu Pengarah dengan pangkat CP oleh Zahid Hamidi. Selalu mengarahkan semua repot terhadap pihak pembangkang disiasat dengan cepat dan semua repot terhadap BN contohnya di NFA dan tiada siasatan dilakukan.

12. Ini lah Tun, diantara pucuk pimpinan PDRM yang telah menjalan tugas semata mata untuk diri sendiri dan bersekongkol dengan pemimpin yang tugasnya hanya berasuah siang dan malam. Kes 1MDB yang dicanang oleh DOJ USA dan beberapa negara diluar tidak sedikit pun mereka terasa untuk menyiasat. Tidak kah mereka terasa sedikit pun tergerak hati mereka untuk membuat yang benar. Setiap pagi mereka sembahyang subuh dan kemudian memakai uniform. Ada 6 butang besar yang mereka pakai dan setiap butang itu ada lambang keramat PDRM dan mahkota diraja yang ditulis Allah Muhammad. Tidakkah mereka pernah terasa apa-apa bila jari lembut mereka terkena tulisan tersebut yang mereka perlu berbuat yang terbaik atau membetulkan keadaan yang salah atau sebenarnya mereka terasa tetapi oleh kerana tamak kuasa dan kekayaan dunia mereka hanya berbuat tidak menahu sahaja. Dan apabila mengenakan topi keramat mereka, dan melihat cermin untuk memeriksa kesegakan mereka, tidak kah lambang harimau yang berpusat ditengah lambang itu memberikan mereka semangat untuk berani sekiranya lambang mahkota yang bertahtakan Allah Muhammad itu tidak dapat menggerakan hati naluri mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa tamak haloba yang berada dalam hati mereka.

13. PDRM mempunyai 12 orang di pucuk pimpinan yang tertinggi termasuk 6 orang penyamun yang bertopengkan manusia seperti yang diatas, YAB Tun Perdana Menteri Malaysia dan YAB Menteri dalam KDN mesti berbuat sesuatu dengan cepat bukan dalam tempoh 100 hari tetapi dalam tempoh 10 hari secepat mungkin supaya mereka-mereka ini ditahan kerja dan siasatan yang penuh dilakukan terhadap mereka. Mereka-mereka yang tidak terpalit adalah yang tidak mahu bersekongkol dengan gerembolan yang mencuri harta negara. Mereka ini perlulah diberi perhatian dan pangkat untuk menerajui PDRM kerana masih sayangkan negara dan mahu mengikut the RULE OF LAW seperti yang diwarwarkan oleh Kerajaan PAKATAN HARAPAN. Ianya juga akan memberikan impak kepada seluruh warga PDRM untuk bekerja mengikut rule of law dan bukan telunjuk pengkhianat negara. Saya juga cadangkan supaya “ COUNCIL OF EMINENT PERSON” mengganggotai Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia seperti artikel 140(3) Perlembagaan Malaysia dan bukan penyamun dan pencuri yang terpaksa membuat atau bersekongkol dengan mereka untuk kenaikan pangkat dalam PDRM. Selain daripada itu budaya memberikan atau penyambungan tugas selepas mereka bersara mesti dihentikan kerana ini juga dapat dilihat sebagai habuan rasuah untuk sesuatu pertolongan yang diberikan kepada pihak yang berkuasa.

14. Sekian sahaja expose kali ini terhadap pucuk pimpinan PDRM yang telah mewarisi satu budaya kerja pengampu kepada sebuah kerajaan kleptocracy dan telah bertindak bukan dengan cara RULE of Law. Mereka ini perlu diambil tindakan segera supaya kerosakan yang telah dibuat itu boleh dibaiki dengan segera.

15. Saya juga mengakihiri surat ini dengan memohon ribuan kemaafan kepada Tun, kerana tidak dapat menandatagani sebagai penulis maklumat yang sah sebab di Malaysia ini seorang ‘WHISTEL BLOWER” masih di lihat sebagai penjenayah serta perlu dihapuskan dan orang yang di laporkan sebagai peyalahguna kuasa itu di lihat sebagai hero. Saya berharap satu tindakan yang drastic dan siaasatan yang menyeluruh dijalankan. Selain dari itu Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) perlulah di adakan secara cepat mungkin supaya senaraio sebegini tidak akan kembali lagi dan desakan mana mana pimpinan PDRM yang baru atau lama yang menghalang ianya diperkuatkuasakan perlulah dilihat sebagai serius dan mereka mereka ini perlulah di siasat. Akhirnya saya juga berharap Tan Sri Menteri KDN memberhentikan dengan serta merta pegawai kanan polis yang disambung perkhidmatan walaupun terdapat ramai lagi pegawai kanan yang lebih berwibawa dalam PDRM. Untuk memastikan pegawai kanan ini adalah berkualiti serta berintegriti, setiap calun KPN, TKPN, PEGARAH PENGARAH PDRM serta Ketua Polis dan Tim Ketua Polis Negeri ini perlu membuat pengistaharan harta khas terus kepada SPRM dan Menteri Dalam Negeri sendiri sebelum menerima lantikan tersebut. Saya boleh sahkan ramai pegawai kanan polis ini akan berhenti tugas kerena jumlah harta mereka tidak dapat di nyatakan dari mana datangnya sumber mereka. Percaya lah Tun dan Tan Sri ini adalah salah satu cara bagaimana mengembalikan integrity pada pucuk pimpinan PDRM di Pusat dan Negeri.

Terimakasih Tun dan kami menaruh harapan yang sangat besar kepada Tun supaya PDRM ini boleh bersinar kembali dan menjadi sebuah organisasi yang disegani semula setelah tindakan pembersihan secara drastik di ambil. Sekian terimakasih.

SEORANG PEGAWAI KANAN PDRM YANG TAKUTKAN ALLAH.

Tiada ulasan: