"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Abu Kassim dijangka ganti Ali Hamsa sebagai KSN 1

Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dikatakan bakal menggantikan Tan Sri Ali Hamsa sebagai ketua setiausaha negara (KSN) dalam tempoh terdekat ini.

Abu Kassim pada 1 Jun lalu dilantik menjadi ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) yang berperanan merumuskan dasar pembaharuan antirasuah dalam perkhidmatan awam.

Menurut laporan Sinar Harian, sekiranya cadangan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, GIACC yang diketuai Abu Kassim berkemungkinan akan diletakkan secara terus di bawah KSN.

Laporan itu turut dikongsi Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ali, 63, dijangka bersara pada Ogos ini.

Perkhidmatannya sebelum ini disambung secara kontrak ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan itu, memetik sumber, berkata kerajaan baru mahukan tokoh antirasuah yang kuat bagi menerajui perkhidmatan awam.

"Pemilihan Abu Kassim dibuat sebagaimana kata-kata Dr Mahathir sebelum ini yang mahu kepakaran beliau membasmi rasuah.

”Beliau ada banyak pengalaman dalam SPRM. Beliau juga berpengalaman di peringkat antarabangsa dan berhubung dengan beberapa agensi anti rasuah lain, selain banyak memberi syarahan antirasuah,” kata sumber itu.

Sumber itu juga dipetik sebagai berkata, pelantikan ABu Kassim kemungkinan diumumkan seawal bulan depan.

Tiada ulasan: