"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri minta cerai kerana suami terlalu baik

FUJAIRAH, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) - Seorang wanita di sini meminta cerai kerana mendakwa suaminya menunjukkan 'kasih sayang ekstrem' yang menyaksikan lelaki itu membantu membuat kerja rumah dan memberikannya hadiah.

Dia memberitahu Mahkamah Syariah di sini bahawa pasangannya tidak pernah bergaduh dan menjerit malah suaminya itu sentiasa melayannya dengan baik.

Biarpun disayangi, wanita itu mendakwa bahawa hidupnya ibarat ‘berada di dalam ‘neraka’ ekoran merasa bosan dengan layanan baik yang diberikan, demikian menurut akhbar berbahasa Inggeris UAE, Khaleej Times semalam.

Dia dilaporkan mengadu cinta dan belas kasihan yang ditonjolkan oleh lelaki tersebut adalah berlebih-lebihan. Justeru, perbuatan suaminya itu mendorong dia memfailkan penceraian.

Wanita itu berkata, apabila dia mengadu tentang berat badan suaminya, lelaki itu terus menjalani diet yang ketat termasuk bersenam sehingga mengalami patah kaki untuk menguruskan badan.

Bagaimanapun, ia masih tidak dapat menyenangkan hati wanita tersebut yang terus mengadu mengenai hadiah dan pujian yang diberikan oleh suaminya, lapor media tempatan.

Wanita itu berkata: “Saya mendambakan hari yang mana saya dapat bertengkar dengan suami tetapi ia kelihatan agak mustahil kerana dia begitu romantik dan sentiasa memaafkan saya serta memberikan saya pelbagai hadiah.”
–Agensi

Tiada ulasan: