"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tanjong Karang naik angin, Mat Sabu sebut pasal rasuah

SITI NUR ZAWANI MISCON

Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) terus mencelah dan naik berang semasa ucapan perbahasan Mohamad Sabu, apabila ahli Parlimen Kota Raja itu mula membangkitkan tentang isu rasuah.

Mohamad Sabu mengingatkan bahawa tidak seharusnya seseorang pemimpin yang rasuah, disokong hanya kerana semata-mata dia adalah Melayu dan Islam.

Menurutnya, setiap individu perlu menyokong Melayu yang berintegriti dan bertakwa, bukannya yang terlibat dengan rasuah.

“Jangan kata kita kena sokong orang Melayu walaupun dia ada rasuah dan menyeleweng, hanya sebab dia ada pintu untuk taubat. Orang bukan Islam pula dia tak ada masa nak bertaubat. Ini assobiyah, tak boleh.

“Orang berwibawa, bertakwa, kita boleh terima. Bukan kita sokong asalkan dia Islam walaupun dia rasuah,” kata Presiden AMANAH itu lagi.

Noh Omar kemudiannya berdiri dan mencelah, Mohamad Sabu tidak seharusnya mengaitkan Melayu dengan rasuah.

“Bila cakap soal melayu, saya terasalah sebab saya orang Melayu. Kalau Yb betul-betul memperjuangkan Islam, kenapa lari dari Pas ke AMANAH? Apa bezanya? Pas pun perjuangkan Islam. Sekarang nak bercakap soal Melayu.

“Jadi jangan umum siapa rasuah. Jangan hina Melayu,” katanya.

Ia kemudiannya dijelaskan Mohamad Sabu bahawa beliau sama sekali tidak menghina Melayu.

“Saya tak menghina bangsa Melayu. Saya cuma mahukan Melayu yang beriman, integriti, takwa,” jawabnya.

Noh Omar turut mempersoalkan status Setiausaha Politik Khalid Samad (PH-Shah Alam) yang disiasat SPRM, adakah Setpol beliau turut terlibat dengan rasuah.

Tiada ulasan: