"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lintas langsung dari mahkamah: Najib bersalah atas semua pertuduhan

Malaysiakini
10.20 pagi: Hakim berkata tertuduh terlibat dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd.

Hakim: Pinjaman KWAP pada SRC diluluskan dengan 'tergesa-gesa'

10.30 pagi: Hakim berkata tiada pertikaian bahawa kabinet meluluskan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sebanyak RM2 bilion kepada SRC International secara “tergesa-gesa”.

Hakim berkata permohonan Najib, ketika itu menteri kewangan yang bertanggungjawab terhadap KWAP, disampaikan kepada panel pelaburan badan itu.

10.59 pagi: Hakim berkata pasukan pembelaan gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan salah guna kuasa bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM.

11.10 pagi: Saksi berkata SRC dan tertuduh tidak mengambil tindakan terhadap AmBank Islamic.

“Tanpa bantahan, tidak terdapat sebarang tanda-tanda (salah laku),” kata hakim.

Tertuduh berhubung dengan Jhow Low

11.15 pagi: Hakim berkata tertuduh tahu berkaitan transaksi wang ke dalam akaun di AmBank Islamic tetapi tidak mendedahkannya.

Berkaitan akaun bank, hakim berkata Jho Low dan ketua setiausaha sulit Najib, Azlin Alias saling berhubung dengan tertuduh.

RM42 juta tak dipulangkan: Najib tak bertindak, kata hakim

11.25 pagi: Mohd Nazlan berkata tertuduh tidak bertindak dalam isu pengembalian dana SRC sebanyak RM42 juta atas alasan siasatan masih berjalan.

Hakim berkata tertuduh dimaklumkan bahawa dana itu daripada SRC dan sebagai menteri kewangan beliau ialah pemilik syarikat itu daripada aspek undang-undang.

Hakim: Sukar untuk cadangkan Najib jadi mangsa Jho Low

11.35 pagi: Hakim berkata Jho Low sepenuhnya faham peranannya dan tiada keraguan bahawa dia berurusan dengan akaun bank Najib.

Katanya sukar untuk mencadangkan Najib sebagai mangsa penipuan Jho Low.

‘Tak konsisten’

11.45 pagi: Hakim berkata: “All roads lead to Rome and (the accused) lead it to Riyadh.” (Semua kekayaan pergi kepada Rom dan (tertuduh) mengarahkannya ke Riyadh.)

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pasukan pembelakaan bahawa tertuduh menyangka bahawa wang dalam akaun banknya adalah sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Hakim berkata hanya selepas itu Jho Low maklumkan berkaitan hasrat Raja Abdullah untuk menderma.

“Tak konsisten dengan apa yang Raja Abdullah kata di Riyadh,” kata hakim.

Tertuduh tak sahkan ‘derma’ dengan Arab Saudi

11.50 pagi: Hakim berkata tertuduh tidak meminta kepada pegawai-pegawao kerajaan, terutamanya daripada Jabatan Perdana Menteri, untuk mengesahkan kesahan “derma” itu dengan pihak Arab Saudi.

Najib tak hantar nota ‘terima kasih’ pada Raja Abdullah

11.52 pagi: Hakim berkata tertuduh tidak menghantar nota “terima kasih” atas dakwaan menerima RM2.6 bilion (berdasarkan kadar tukaran asing ketika itu) daripada Raja Abdullah.

Najib gagal bangkitkan keraguan munasabah terhadap 3 pertuduhan CBT

12.12 tengah hari: Hakim berkata Najib gagal membangkitkan keraguan munasabah terdapat kes pendakwaan terhadap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) berkaitan pemindahan RM42 juta ke dalam akaunnya.

Najib bersalah atas semua pertuduhan

12.17 tengah hari: Mahkamah memutuskan Najib bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan meliputi salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta daripada SRC International.

Hakim berkata pasukan pembelaan gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.

“Saya dengan ini mendapati tertuduh bersalah atas ketujuh-tujuh pertuduhan,” katanya.

Tiada ulasan: