"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amanah pecat Adun Sabak

FMT Reporters

Ahmad Mustain. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak, Ahmad Mustain Othman hari ini dipecat daripada Amanah kerana didapati melanggar disiplin sebagai ahli.

Setiausaha Agung Amanah Hatta Ramli berkata Mustain dipecat sebagai ahli seperti ditetapkan Fasal 21.12 Perlembagaan Parti Amanah Negara.

“Pemecatan ini selaras dengan Fasal 21.8 Perlembagaan Parti Amanah yang memberi kuasa kepada Lembaga Tatatertib untuk memecat mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin dan arahan parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada ulasan: