Agensi
Jessica pernah menunjukkan jantungnya yang seperti doh biskut di akaun TikToknya. FOTO Jam Press Vid/Jess Manning
Wellington: Seorang wanita ditahan di lapangan terbang di New Zealand kerana membawa jantung manusia dalam beg tangannya.
Memetik detikTravel, Jessica Manning dijadualkan berlepas dari New Zealand menuju Australia.
Dia turut membawa organnya itu, hasil pemindahan lapan tahun lalu kerana merancang untuk menetap di Australia.
Sebaik tiba di lapangan terbang, dia dihalang kerana membawa jantung yang dibungkus dalam begnya.
Untuk mengelakkan salah faham, wanita berusia 30 tahun itu cuba menjelaskan situasinya kepada pegawai yang dia pernah menjalani pemindahan jantung dan hati lapan tahun lalu.
Bagaimanapun, pegawai bimbang organ yang dibawanya boleh membawa penyakit itu ke Australia.
"Pegawai itu mahu merujuk kes saya kepada ketua jabatannya dan ketika itulah saya mula menangis.
"Masalah utama ialah saya berpotensi membawa penyakit baru ke negara ini dan dia tidak mahu saya membawa penyakit yang akan membahayakan Australia.
"Tetapi saya gembira semuanya telah diselesaikan dan saya dibenarkan meneruskan perjalanan bersama hati lama saya," katanya.
Jessica berkata, dia mempunyai enam kecacatan jantung semasa dilahirkan sehingga menyebabkannya terpaksa menjalani beberapa pembedahan.
"Tiga pembedahan jantung terbuka pertamanya dilakukan ketika berusia lima bulan, tiga dan enam tahun.
"Ketika berumur 19 tahun, saya mengalami kegagalan jantung dan saya disahkan menghidap penyakit hati pada umur 22 tahun sehingga menyebabkan saya perlu menjalani pemindahan organ," katanya.
Selepas prosedur itu, guru itu memutuskan untuk mengembalikan jantungnya.
"Budaya Māori di New Zealand, mereka percaya organ perlu dikembalikan ke badan pemiliknya sebagaimana Tuhan mencipta anda, jadi kami mempunyai pilihan untuk mengekalkan organ kami.
"Saya bukan Māori tetapi saya sebenarnya mendermakan kedua-dua organ saya untuk penyelidikan perubatan dan sains," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan