"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak mampu bayar ambulans, bawa jenazah bayi naik motosikal

Agensi
TANGKAP layar video penunggang ojek menghantar lelaki membawa jenazah bayi. FOTO Agensi
TANGKAP layar video penunggang ojek menghantar lelaki membawa jenazah bayi. FOTO Agensi
Jakarta: Tidak mampu membayar upah ambulans, seorang lelaki pertengahan umur terpaksa menghantar jenazah bayi dengan menaiki ojek atau motosikal.

Portal Kompas melaporkan, kejadian berlaku pada 15 Jun lalu dan dikongsikan seorang penunggang ojek dalam talian menerusi video ketika dia menghantar jenazah bayi ke daerah Pangkep yang jaraknya 53 kilometer (km).

Darmawansyah, 43, berkata, dia pada awalnya menghantar pesanan ke Hospital Daerah Tadjuddin Chalid Makassar.

"Kemudian ada (orang) yang tahan saya, saya ingatkan cuma penumpang," katanya

Menurut Darmawansyah, dia terkejut selepas lelaki itu memintanya menghantar ke daerah Pangkep yang jaraknya cukup jauh.

"Ketika ditanya alasan memilih menggunakan motosikal, lelaki itu mengatakan tidak mampu kerana harga sewa ambulans.

"Saya bertanya lagi, apa yang mahu dihantar dan dia katakan ada jenazah. Saya tanya kenapa tidak pakai ambulans, dia beritahu mahal dan diminta membayar antara 700,000 (kira-kira RM201) hingga 800,000 rupiah (kira-kira RM230).

Selepas video itu tular, pengurusan Hospital Tadjuddin Chalid Makassar memohon maaf kerana tidak menyediakan ambulans untuk menghantar jenazah bayi itu.

Pegawai bahagian aduan Hospital Tadjuddin Chalid Makassar, Hasmayanti berkata, bayi malang itu dirujuk dari Hospital Daerah Batara Siang, daerah Pangkep di Sulawesi Selatan, pada 15 Jun lalu.

"Bayi dihantar oleh bidan dan datuknya, dengan keadaan berat badan rendah jadi diberi alat bantuan pernafasan sebelum pesakit meninggal di ruang perawatan bayi, pada jam 9.47 pagi," katanya.

Katanya, kakitangan pengurusan jenazah sudah menawarkan ambulans, namun ditolak kerana keluarga kekurangan wang.

Justeru kakitangan pengurusan jenazah berusaha membantu pihak keluarga dengan menyewakan pengangkutan secara dalam talian.
-hmetro 

Tiada ulasan: