"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita diiktiraf sebagai lelaki

Ho Kit Yen

PUTRAJAYA: Seorang wanita yang memfailkan saman untuk diiktiraf sebagai lelaki selepas menjalani pembedahan di Thailand ditolak oleh Mahkamah Persekutuan kerana isu tersebut telah melalui proses litigasi sebelum ini.

Keputusan ini dibuat terhadap saman yang difailkan pada 2016, di mana wanita tersebut memohon deklarasi untuk diiktiraf secara sah sebagai lelaki dan memaksa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengubah jantina pada MyKadnya.

Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kes itu tidak sesuai untuk didengar kerana isu yang sama telah dibicarakan melalui permohonan semakan kehakiman dan saman sivil.

Saman ini difailkan selepas permohonan wanita itu untuk membuat semakan kehakiman pada 2013 berkenaan keputusan JPN menolak permohonannya untuk pengiktirafan pertukaran jantina, ditolak.

Dalam rayuan ke Mahkamah Persekutuan, beliau diarahkan untuk mencari penyelesaian melalui tindakan sivil.

Wanita tersebut sebelum ini memberi keterangan bahawa dia telah menjalani pembedahan penukaran jantina di Thailand pada 2011.

Dia kemudiannya mendapatkan khidmat empat doktor tempatan yang semuanya menyediakan laporan perubatan bagi menyokong permohonannya untuk menukar jantina. Bagaimanapun, JPN enggan melayan permintaan itu.

Dalam hujahan di Mahkamah Persekutuan hari ini, peguamnya Chong Joo Tian berhujah bahawa wanita itu berhak untuk diiktiraf sebagai lelaki selepas pembedahan tersebut.

Chong juga berpendapat bahawa prinsip res judicata — yang menghalang pertikaian sama daripada diadili semula selepas satu keputusan muktamad dibuat — tidak terpakai dalam kes ini.

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili kerajaan menegaskan bahawa tindakan sivil dan permohonan semakan kehakiman wanita itu adalah berdasarkan ‘fakta yang sama’.

Beliau berhujah wanita tersebut tidak boleh membawa fakta yang sama dalam tindakan sivil tersebut.

Panel hakim terdiri daripada Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, serta Hakim Hasnah Hashim dan Abu Bakar Jais.

Tiada ulasan: