"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tukang urut wanita maut terjatuh ketika cuba elak pemeriksaan

Azizi Majid

JOHOR BAHRU: Seorang tukang urut wanita maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah rumah kedai di Bandar Baru Permas Jaya, Masai, di sini, ketika cuba melarikan diri dari pemeriksaan pihak berkuasa, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Ng Swie Chait berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.48 petang.

“Siasatan awal mendapati wanita warga asing berusia 36 tahun itu dipercayai terjatuh dari tingkat empat ketika cuba melarikan diri semasa pemeriksaan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di premis tempat dia bekerja.

“Mangsa ditemui di belakang bangunan rumah kedai berkenaan dalam keadaan tertiarap dan mengalami pendarahan di kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan retak pada bahagian kepala, selain patah beberapa tulang rusuk.

“Polis masih melengkapkan siasatan daripada pelbagai sudut dan klasifikasi kes boleh berubah sekiranya laporan bedah siasat atau bukti baharu menunjukkan sebaliknya,” katanya.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

Terkejut hujan berwarna hitam

KOSMO
TANGKAP layar video menunjukkan air hujan berwarna hitam yang ditadah oleh perakam. - TikTok
JAKARTA – Penduduk di wilayah Kalimantan Selatan terkejut apabila hujan pertama kali membasahi kawasan itu tetapi airnya berwarna hitam, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ayurukmini1997 menunjukkan perakam menadah air hujan berwarna hitam menggunakan tangannya. 

Air tersebut berwarna hitam seolah-olah bercampur dengan debu atau arang. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 243,500 tontonan dengan sebilangan netizen mendakwa fenomena hujan hitam itu berpunca daripada pengumpulan debu dan zarah daripada kebakaran hutan serta tanah. 

“Alhamdulillah, akhirnya hujan turun,” kata seorang netizen. 

“Semoga hujan turun di tempat kami yang masih kekeringan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI