Lim Guan Eng
Kementerian Kewangan merujuk kepada isu pembayaran wang ihsan dan wang pendahuluan kepada kerajaan negeri Kelantan, yang kini digunakan oleh parti pembangkang untuk menanam sentimen kebencian terhadap pemimpin kerajaan persekutuan.
Sebelum ini, pembayaran wang ehsan diberikan secara tahunan kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan sebuah entiti kerajaan persekutuan secara 50:50.
Selepas peralihan kuasa pada 9 Mei tahun lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk membuat bayaran wang ehsan bahagian 50 peratus tersebut, bukan kepada entiti kerajaan persekutuan, tetapi terus kepada kerajaan negeri Kelantan.
Maka buat pertama kalinya mulai tahun 2019, kerajaan persekutuan telah menyalurkan bayaran wang ehsan kepada kerajaan negeri Kelantan dengan bayaran terkini pada bulan September 2019.
Bayaran wang ehsan juga telah diawalkan kepada bulan September 2019, sedangkan pembayaran dijadualkan pada Januari 2020.
Perlu ditegaskan bayaran wang ehsan dan perkara perihal petroleum dan Petronas bukanlah di bawah bidang kuasa menteri kewangan tetapi di bawah perdana menteri.
Menteri kewangan hanya menurut arahan yang dikeluarkan oleh perdana menteri.
Adalah dikesali pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menimbulkan kebencian dan memainkan sentimen dengan melontarkan fitnah bahawa saya cuba menghalang pembayaran dilakukan, walaupun hakikatnya pembayaran dibuat atas arahan perdana menteri.
Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan telah mengesahkan bayaran wang ehsan kepada negeri Kelantan telahpun disalurkan kepada kerajaan negeri sebanyak RM15.75 juta pada 18 September lalu. Supaya mengelakkan terperangkap dalam kemelut perundangan, kerajaan persekutuan telah membuat bayaran dalam bentuk wang ehsan kepada kerajaan negeri Kelantan.
Namun perkiraannya adalah berasaskan 5 peratus daripada hasil petroleum bagi menentukan bayaran tersebut kepada kerajaan negeri Kelantan.
Sukar difahami bagaimana kerajaan negeri Kelantan hari ini menganggap pihak yang sebelum ini tidak menyalurkan bayaran wang ehsan kepada kerajaan negeri Kelantan sebagai rakan setia, tetapi kerajaan persekutuan yang menyalurkan bayaran wang ehsan secara langsung kepada kerajaan negeri dianggap sebagai musuh ketat.
Kementerian kewangan ingin menegaskan bahawa komitmen untuk membantu kerajaan negeri Kelantan telah dilaksanakan sungguhpun berhadapan pelbagai cemuhan dan fitnah.
Di samping itu, kerajaan persekutuan terus komited untuk membantu negeri-negeri yang menghadapi masalah kewangan.
Dalam surat tanggal 12 September lalu, pegawai kewangan negeri Kelantan telah memohon sekali lagi untuk bantuan kerajaan persekutuan dalam bentuk wang pendahuluan, untuk memenuhi obligasi perbelanjaan operasinya termasuk membayar gaji dan emolumen anggota pentadbiran kerajaan negeri.
Sehubungan itu, saya telah meluluskan permohonan pendahuluan sebanyak RM100 juta pada 14 Oktober lalu, untuk membantu kerajaan negeri Kelantan membiayai perbelanjaannya termasuk pembayaran gaji anggota pentadbirannya sehingga hujung tahun 2019.
Wang pendahuluan RM100 juta bukan kali pertama kerajaan negeri Kelantan membuat permohonan kepada kerajaan persekutuan yang baharu untuk membantu bayar gaji warga perkhidmatan kerajaan negeri.
Pada tahun 2018, permohonan wang pendahuluan sebanyak RM91.5 juta untuk membayar perbelanjaan operasinya termasuk gaji anggota kerajaan negeri Kelantan juga telah diluluskan.
Adalah diharapkan dengan adanya wang ehsan dan pendahuluan ini dapat membantu kerajaan negeri Kelantan mengukuhkan kedudukan kewangan negeri dan seterusnya meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat negeri Kelantan.
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Tony Pua akan dapat ganti rugi dalam kes saman Najib
Bernama
Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee akan mendapat ganti rugi berhubung injunksi dalam kes saman yang difailkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak terhadapnya berhubung klip video mengenai pembentangan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuiasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355.
Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, mengetepikan injunksi yang diperoleh Najib dalam kes samannya dan memutuskan bahawa Pua, yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng, berhak menerima ganti rugi.
Beliau memerintahkan jumlah ganti rugi itu dinilai oleh Mahkamah Tinggi selepas mengetepikan injunksi tersebut.
Hakim Dr Hamid Sultan yang bersidang bersama Hakim Datuk Hanipah Farikullah dan Hakim Datuk Lau Bee Lan bagaimanapun mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membolehkan Najib menarik balik samannya terhadap Pua.
“Ini adalah kes yang paling sesuai dan wajar untuk mahkamah membenarkan rayuan secara sebahagian. Pihak-pihak berkaitan perlu kembali ke Mahkamah Tinggi untuk penilaian ganti rugi,” katanya.
Mahkamah juga memerintahkan bekas perdana menteri untuk membayar kos RM10,000 kepada Pua.
Pua merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Julai 2018 yang membenarkan Najib menarik balik saman terhadapnya walaupun Pua membantah.
Najib atas kapasiti peribadinya, menyaman Pua kerana mendakwa membuat kenyataan berbaur fitnah terhadapnya dalam video siaran langsung berdurasi dua minit dan 21 saat yang dimuat naik oleh Pua dalam laman Facebook rasminya.
Peguam Surendra Ananth mewakili Pua sementara Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib.
–BERNAMA

Kami terpaksa serang Syria kerana dunia gagal - Erdogan
Bernama
WASHINGTON: Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata kegagalan masyarakat antarabangsa membantu Turki yang berdepan masalah menguruskan jutaan pelarian mendorong negara itu melancarkan operasi di utara Syria, lapor agensi berita Anadolu.
Memetik artikel The Wall Street Journal, Erdogan berkata tiada negara yang menghadapi krisis kemanusiaan paling teruk berbanding apa yang dialami Turki sejak perang saudara Syria meletus pada 2011.
Tegasnya, sudah cukup Turki bertahan selama ini, dan dunia pula sering mengabaikan amarannya bahawa negara ini tidak berupaya lagi untuk menangani masalah penjagaan lebih 3.6 juta pelarian Syria tanpa sokongan antarabangsa.
“Pentadbiran saya membuat kesimpulan komuniti antarabangsa enggan bertindak, jadi kami merangka rancangan untuk utara Syria. Masyarakat antarabangsa sepatutnya bersama-sama sertai usaha kami atau terima pelarian,” kata Erdogan.
Turki pada Rabu melancarkan Operasi Peace Spring untuk menghapuskan pengganas di utara Syria dengan alasan bagi memastikan keadaan keselamatan di sempadan Turki, membantu pelarian Syria pulang ke negara asal mereka dengan selamat selain mengekalkan integriti wilayah Syria.
Ankara mahu membersihkan kawasan utara Syria di Sungai Euphrates daripada pengganas Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan Unit Perlindungan Rakyat (YPG) dan Parti Kesatuan Demokratik (PYG), cabang kumpulan pengganas Syria.
Dalam kempen keganasan lebih 30 tahun terhadap Turki, PKK – disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turki, AS dan Kesatuan Eropah – bertanggungjawab menyebabkan kematian 40,000 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi.
Erdogan berkata Turki tidak mempunyai masalah dengan mana-mana kumpulan etnik atau agama di Syria.
Dalam artikel itu, Erdogan juga menyelar beberapa negara Eropah kerana gagal menghentikan kemasukan pengganas asing pada 2014 dan 2015.
“Mungkin kerajaan negara Eropah tertentu, saya tidak mahu namakan, boleh jelaskan kepada dunia bagaimana seorang warganya boleh menaiki penerbangan ke Istanbul pada 2014 bersama dengan peluru hidup dalam bagasinya.
“Sama dengan Perancis yang dikatakan telah menyekat penjualan senjata ke Turki, tetapi mengapa negara itu tidak mengendahkan amaran awal kami mengenai serangan pengganas yang akan berlaku?,” tambah beliau.
Menjawab mengenai kritikan Liga Arab mengenai operasi Turki itu, Erdogan berkata kenyataan itu tidak mencerminkan pandangan dan sentimen rakyat Arab secara keseluruhan.
“Jadi kalau mereka tidak suka dengan apa yang Turki buat untuk pelarian Syria, berita tahu saya berapa ramai mangsa perang yang mereka mahu terima?
“Berapa banyak mereka menyumbang kepada usaha untuk menamatkan krisis kemanusiaan di Syria? Inisiatif politik mana yang mereka ambil untuk menyokong menamatkan perang saudara?,” tegas Erdogan.

Langgan:
Catatan (Atom)