"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ummat Islam mesti Cegah Roman Catholic Dari Mengguna nama ALLAH

ahmadhadeed
Paderi Roman Katholik Malaysia tidak berhak mengguna nama Allah dalam tulisan dan ceramah mereka kerana itu adalah satu rekaan segolongan kecil dari kelompok penganut ugama ini untuk mencetuskan huruhara dikalangan masyarakat Islam Malaysia.

Sebab utama mereka tak berhak menggunakan perkataan Allah ialah kerana didalam Bible yang ditulis dengan bahasa asal mereka iaitu Hebrew (old testament) dan Greek( new testament), tidak ada satu ayat pun yang menamakan tuhan induk mereka iaitu tuhan ayah sebagai Allah.

Kristian percaya tiga dalam satu , tuhan ayah, tuhan anak dan hantu suci. Sebahagian bab dalam bible ditulis dengan menggunakan bahasa aramaic yang mirip kepada hebrew namun masih tidak digunakan nama Allah didalamnya. King James Bible dalam bahasa Inggeris lagi lah teruk kerana ianya di terjemah dengan secara bahang rambang selepas tahun 1388 iaitu tahun bible inggeris pertama di terjemah.

Ada yang memberi hujah ayat di bawah untuk membenarkan roman katholic menggunakan perkataan Allah tetapi yang jelas ayat itu di tujukan kepada pagan makkah yang mushrikin yang mencampur aduk ajaran nabi Ibrahim dengan kepercayaan menyembah berhala.

61.Ankaabut Dan sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?.

Memberi kebenaran kepada penganut agama roman katholik dan kristian menggunakan nama Allah akan memberi kesan buruk kepada harmoni kaum di negara ini.

Di antaranya

1. Ummat Islam akan menganggap langkah ini sebagai provokasi kepada kesucian agama Islam yang sudah dianggap begitu terancam dengan berlaku murtad yang ramai ummat Islam kepada kristian

2. Simbol Allah jika diletak di atas bumbung gereja atau berhampiran patung yang disalib akan di anggap pengishtiharan konflik agama yang besar

3. Jika perkataan Allah di pakai oleh wanita kristian dalam keadaan mendedah aurat dan tidak bermoral akan mencetuskan pergaduhan antara agama. Bagi perempuan kristian mendedah aurat adalah halal mengikut ugama mereka.

4. Risalah buku video agama kristian yang disebarkan dalam berbagai bahasa terutama dalam bahasa melayu dengan menggunakan nama Allah akan mencetuskan kecelaruan dalam hidup beragama dan kemarahan dari ibu bapa islam.

Kita berharap makhamah menarik balik keputusan nya melalui appeal demi untuk keharmonian negara dan diharap orang kafir di Malaysia memahami bahawa keharmonian negara ini banyak bergantung kepada toleransi ummat islam terhadap agama minoriti. Jika status quo ini terancam maka terancamlah harmoni negara kita .Kita juga berterima kasih dengan NGO Islam yang begitu berani bertindak mencegah cubaan penghinaan terhadap islam dan demi menjaga kesucian Islam dan keharmonian negara.

-tranungkite-

Setiausaha agung PKR letak jawatan

Setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim telah meletak jawatan hari ini selepas berbulan-bulan tersebar spekulasi mengenainya.

Beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali serta kepada Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Alasan bagi peletakan jawatan itu adalah beliau ingin kembali kepada bidang minyak dan gas, yang diceburinya sebelum dilantik menjadi setiausaha organisasi PKR pada 2004.

Salehudin berkata, beliau menyertai (PKR) ketika keadaan parti itu tidak menentu, tetapi kini beliau meninggalkannya ketika keadaan semakin baik.
-malaysiakini-

Kenyataan berbeza antara PM dengan Ketua Polis Negara. Beranikah KPN ambil tindakkan

khairulfaizi
Apabila membaca kenyataan Ketua Polis Negara yang memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk berhimpun bagi membantah isu penggunaan kalimah Allah esok agar membatalkannya sebelum tindakan tegas diambil oleh pihak polis sebenarnya agak mengejutkan kerana ia bertentangan dengan kenyataan daripada Perdana Menteri.

Datuk Seri Mohd Najib Razak menyebut bahawa kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama ‘Allah’ walaupun Najib sendiri tahu bahawa negara ini mempunyai undang-undang. Ia sangat berbeza dengan kenyataan awal Najib terhadap bantahan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam Herald The Catholic Weekly yang mahukan semua pihak bertenang.

Pada peringkat awalnya, saya ingin menulis untuk mengucapkan tahniah kepada PM kerana telah membuka satu era baru dalam pemerintahannya yang tidak menghalang perhimpunan aman dan saya pasti ia akan dijadikan hujah yang cukup kuat untuk mana-mana pihak mengadakan himpunan ama pada masa hadapan. Tidak kiralah sama ada ia adalah berdasarkan kepada isu kalimah Allah atau pun apa-apa isu tetapi ia tetap berdasarkan kepada ruang lingkup yang diberikan kepada rakyat untuk berhimpun bagi menyatakan hasrat dan pendirian mereka.

Tiba-tiba, Ketua Polis Negara memberikan amaran kepada kumpulan yang ingin mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat pada hari esok. Adakah amaran ini bermakna Musa Hasan juga memberikan amaran secara tidak langsung kepada PM agar menarik semula kebenaran untuk himpunan aman diadakan oleh kumpulan-kumpulan ini?

Sememangnya, sebelum daripada ini pihak polis kebiasaannya akan mengeluarkan amaran beberapa hari sebelum sesuatu himpunan aman diadakan seperti mana himpunan membantah perlaksanaan PPSMI, himpunan membantah ISA dan sebagainya. Secara tidak langsung sebenarnya Najib Razak sedang mengambil sikap berlawanan dengan polis.

Walaupun PAS tidak akan terlibat dalam himpunan ini kerana akan menumpukan sepenuhnya kepada himpunan aman di Kedutaan Mesir namun saya mengalu-alukan agar himpunan-himpunan aman yang diadakan ini akan dapat menyuburkan demokrasi di bumi Malaysia ini.

Apa yang pasti kenyataan Najib ini sudah tentu tidak disenangi oleh Musa Hasan kerana ia bertentangan dengan ketegasan kerajaan yang mahu tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap mana-mana himpunan aman ataupun demonstrasi.

Saya tertunggu-tunggu satu kenyataan rasmi daripada Polis Di Raja Malaysia terhadap kenyataan Perdana Menteri ini dan apakah tindakan seterusnya yang akan dibuat terhadap PM.

Khairul Faizi Bin Ahmad kamil,

7 Januari 2010,

8.19 malam

http://minda-kembara.com/