Agensi

INSIDEN itu menyebabkan Loh terpaksa meminta maaf.
Bangkok: Sekumpulan besar umat Islam dilaporkan berkumpul di sini, Ahad lalu, bagi membantah tindakan keterlaluan seorang perempuan transgender yang didakwa mempersenda Islam.
Portal mustsharenews melaporkan, individu dikenali Loh atau 'Madam' didakwa mempersenda ayat al-Quran ketika penstriman langsung.
Menurut Thaiger, isu itu bermula beberapa hari sebelum ini dan kontroversi tercetus selepas sekumpulan perempuan transgender beragama Islam memakai hijab.
Seorang lelaki Islam kemudian dilaporkan memasuki siaran langsung untuk menasihati Loh dan kumpulan itu.
Ketika siaran langsung, kumpulan itu didakwa berkelakuan tidak wajar. Mereka didakwa ketawa, membuat isyarat mempersenda Islam.
Klip video itu dilaporkan tersebar dalam talian bukan saja di Thailand, namun ke komuniti Islam yang besar, termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, dan negara Arab hingga mencetuskan kemarahan.
Lantaran itu, umat Islam berkumpul di sini untuk menuntut Loh memohon maaf.
Bagaimanapun, dia didakwa bertindak balas dengan bantahan di media sosial dan mengakui tidak terganggu dengan kontroversi itu hingga mengundang kemarahan orang ramai.
Kemudian, pengerusi komuniti masjid tempatan bersama sukarelawan, mengatur untuk bertemu Loh di sebuah restoran di sini, Ahad lalu.
Dilaporkan, ratusan individu dilaporkan berkumpul di lokasi untuk menuntut permohonan maaf daripada Loh.
Beberapa individu didakwa cuba menyerangnya secara fizikal, menyebabkan pihak berkuasa mengerahkan puluhan pegawai polis untuk mengawal keadaan.
Loh kemudian bersetuju untuk mencukur kepala dan akhirnya mengaku salah serta memohon maaf kepada keluarga juga masyarakat Islam.
Polis kemudian mengiringi Loh untuk keluar dari kawasan itu.
-hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan