Asiasoft: Ujian genting bagi Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 10 April: Pembabitan dua agen perisik zionis-Israel seperti yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen kelmarin seolah-olah menjadi ujian yang genting bagi Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri.
Rakyat tentunya sedang menghitung pendiriannya ke atas Asiasoft (M) Sdn. Bhd., firma kejuruteraan komunikasi yang didaftar di Singapura, tetapi berpangkalan di Tel Aviv Israel.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno seolah-olah sedang dibandingkan dengan Menteri Dalam Negeri sebelumnya, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar.
"Alasan bagi membatalkan kontrak hanya akan diberi pertimbangan jika ada bukti kukuh ancaman terhadap keselamatan negara," Anwar membaca kenyataan Syed Hamid seperti yang diminitkan dalam suatu menyuarat khas pada 23 November dua tahun lalu, di bilik Tetamu Kehormat, KLIA.
Dari kenyataan Anwar di Dewan Rakyat, Syed Hamid dan Kementerian Dalam Negeri sah menerima desakan dari dalam Bukit Aman sendiri supaya mengeluarkan Asiasoft dari membangunkan prasarana Sistem Laporan Polis (PRS).
Dari minit itu itu, menyaksikan CP Datuk Mashuri Zainal (Pengarah Jabatan Logistik), Datuk Khairi (Cawangan Khas Bahagian Bukit Aman), SAC II Rosli Abdul Rahman (Timbalan III bagi Mashuri), Supt. Nik Mortadza (IT Bukit Aman, Supt. Wahab (Pegawai Khas Menteri) antara yang terbabit dalam pertemuan eksklusif itu.
Itu belum disokong lagi dengan akuan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid pada 11 Ogos dua tahun lalu.
"Haaa...perolehan baru ini yang melibatkan Israel," Anwar semalam membaca kenyataan Azmi seperti dirujuk pada minit mesyuarat PAC sendiri.
"Ia (suatu) sistem yang begitu menakutkan, kemu semua (segelintir anggota PAC) tahu (bahawa) rakyat boleh akses semua maklumat tersebut."
Pun begitu, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara (KPN) sendiri dilihat lebih tegas apabila skandal tersebut dibongkarkan.
"Dah lama kita siasat...bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat itu (Asiasoft)," jelasnya kelmarin.
Walaupun Musa tidak pula menjelaskan sejauh mana pembabitan Asiasoft serta dua agen zionis-Israel di Bukit Aman seperti yang didakwa Anwar, rakyat umumnya seakan mengaitkan inisiatif Musa itu dengan dakwaannya, iaitu ada pihak ketiga berpengaruh di PDRM.
Anwar di Dewan Rakyat turut mempersoal status syarikat Masterplan Consulting Sdn. Bhd. (MPC) dan D.G.Kom Sdn. Bhd. (DGKom), iaitu dua syarikat kontraktor utama yang dilantik membangunkan PRS sejak 2001 lalu.
Ini kerana, menurut Anwar, kedua-dua syarikat tersebut bertanggungjawab membatalkan perkhidmatan Kumpulan Sapura demi melantik Asiasoft sebagai sub-kontraktor bagi pembangunan Sistem Teknologi Maklumat PDRM.
Ujar Anwar, surat cadangan untuk menamatkan perkhidmatan Asiasoft oleh Mashuri kepada Ketua Setiausaha KDN pada 3 Disember dua tahun lalu sebenarnya sudah memadai untuk kerajaan memutuskan hubungan dengan Asiasoft kerana 30 peratus saham dikuasai oleh Asiasoft (S) Pte. Ltd.
Asiasoft (S) pula dikuasai oleh dua bekas tentera risik Israel, iaitu Izhak David Nakar dan Ido Schechter.
Implisitnya, maklumat berkaitan keselamatan negara, menurut Anwar, bukan sahaja terdedah pada Singapura, malah Tel Aviv sendiri kerana Asiasoft Global Ptd. Ltd. berpangkalan di sana.
Tidak cukup dengan itu, kredibiliti KDN terus dipersoal apabila aduan yang dibuat oleh anggotanya sendiri, Konstabal Nurul Mazuha Mahadi seakan diabaikan.
Dirujuk pada laporan polis bertarikh 28 November dua tahun yang lalu itu, Nurul melaporkan tentang konspirasi yang membabitkan MPC dan Twin Technology Sdn. Bhd.
Dilaporkan bahawa pengisytiharan pekerja oleh MPC sebagai pekerja MPC sebenarnya adalah pekerja Twiz berdasarkan semakan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Laporan tersebut sekali lagi menguji Hishammuddin untuk membuat perhitungan yang wajar sama ada untuk memutuskan hubungan negara dengan Asiasoft atau sebaliknya.
Pada tahap ini, kalau tidak pun mengambil kira kebimbangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan rakyat sendiri berhubung kewujudan pengaruh zionis-Israel di tanah air, sekurang-kurangnya Hishammuddin wajar melayan gesaan Musa serta para anggota Polis yang lain atas nama memelihara keamanan negara.
Sarapan pagi seorang Menteri Besar, pandangan saya
Saya terbaca satu artikel daripada Cikgu AlHusseyn yang bertajuk Sarapan pagi seorang Menteri Besar yang diambil daripada tulisan Wan Rusma Deris dan terlintas untuk menulis sedikit mengenai artikel ini kerana gambar TGNA cukup menyetuh hati saya.TGNA seorang yang cukup zuhud dan ramai dikalangan pimpinan PAS pun begitu juga kerana mereka ditarbiyah begitu melainkan jika ada program-program tertentu menyebabkan watak, pakaian dan cara makannya nampak semacam asing.
Walaupun banyak gambar dan cerita dilihat serta didengar tentang TGNA, tapi malangnya kadang kala pertimbangan kita hilang bila tersebarnya maklumat-maklumat yang bercanggah dengan apa yang kita ketahui sebelum ini.
Misalnya apabila Kickdefella menulis Nik Aziz Berbohong maka kita terikut-ikut mengatakan Nik Aziz berbohong sedangkan kita tidak tahu menahu secara mutlak apa yang diceritakan. Apakah hujah pada kertas Post-Mortem Pilihanraya sudah cukup untuk menghukum kesalahan kepada TGNA sedangkan perkara sebenar diluar akal pemikiran.
Apakah orang yang hidup sekadar makan apa yang ada, tinggal dirumah yang tidak mengambarkan seorang MB selama 20 tahun adalah mereka yang curang dalam amalan Islam, tidak amanah? Sempit sungguh ukuran dibuat.
Satu misalan dibuat, TGNA lewat untuk datang ke satu-satu program/majlis terus mengatakan Nik Aziz tidak layak sebagai Menteri Besar sebarang usul periksa dilakukan kenapa dan mengapa?
Kalau itu sikap ahli PAS, tidak lebih dan tidak kurang sama sahaja seperti Kickdefella bila sesuatu perkara tak memenuhi citarasanya terus dituduh begitu rupa sekali.
Kalau manusia ini wujud zaman Rasulullah s.a.w. yang menegur bagaimana membenihkan kurma nescaya mereka ini akan mengatakan Rasulullah s.a.w. bodoh (sedangkan itu bercakap dengan sifat Rasulullah s.a.w.) kerana memberikan nasihat tak betul!!!
Perkara yang sama juga berlaku kepada Presiden PAS. Adakah orang ini yang tamak, dengki dan inginkan jawatan. Ingin bersama dengan UMNO sedangkan sebelum ini saban hari kita dihadamkan dengan Amanat Haji Hadi?
Kita percaya tentang UG adalah nak masuk UMNO kerana ada blogger yang kata demikian. Mana akal kita? Apakah itu sumber yang sahih? Apakah maklumat itu lengkap sperti yang dikatakan?
Sempit dan bodohnya kita apabila suara media oleh blogger celaka yang mengubah persepsi kita atas tujuan tertentu. Sedangkan kita tak tahu apakah niatnya? Tidak hairan ada orang yang alim warak boleh mendoakan kemudaratan kepada Musa a.s. Qarun boleh menolak zakat atas kekayaan yang ada.
Manusia berakal adalah manusia yang tidak mudah dimanipulasi oleh sesiapapun sehingga dia berlaku zalim kepada orang yang sepatutnya.
Dicatat oleh BatuApi @ FireStone di 17:13
GEMPAR: Musa Hassan akui penglibatan ejen Israel? Beri amaran pada Najib?
Sebelum ini, ketua pembangkang, Anwar mendakwa ejen Israel memasuki
PDRM melalui syarikat Asiasoft yang diberi kontrak hampir RM1 bilion didaftar di Singapura dikuasai induknya di Israel. Ketua Polis Negara, Musa yang enggan mengulas terperinci mengenainya berkata, siasatan terhadap syarikat yang mengendalikan sistem itu sudah lama dijalankandan syarikat berkenaan tidak lagi dibenarkan memasuki PDRM! Ini bermakna bahawa secara tidak langsung, dakwaan Anwar diakui? Adakah amaran Musa agar politikus tidak mempermainkan isu keselmatan negara turut ditujukan pada Najib yang kini dikaitkan dengan APCO?Bharian, KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan semua ahli politik tidak menjadikan isu keselamatan negara untuk kepentingan diri sendiri dan meraih perhatian masyarakat.
Katanya, isu membabitkan keselamatan bukan satu permainan politik yang boleh digembar-gemburkan untuk meraih perhatian kerana ia berhubung kait dengan kesejahteraan negara.
“Sebagai seorang ahli politik, mereka sepatutnya sedia maklum isu yang boleh digembar-gemburkan atau sebaliknya terutama pendedahan yang dilakukan di parlimen kerana banyak faktor perlu diambil kira." -tamat-
SEKADAR SELINGAN. Jangan lupa bahawa ahli UMNO dan Biro tatanegara sentiasa menjual cerita bahawa PKR, DAP dan Anwar merupakan ejen Zionis dan ejen yahudi. Bukankah tindakan UMNO ini jua merupakan suatu tindakan mempermainkan isu keselamatan negara demi populariti politik murahan? Bukankah tindakan Musa Hassan sekiranya memberi amaran hanya kepada Anwar dan Pakatan kelihatan berat sebelah? Logiknya, amaran Musa Hassan kepada semua. Justeru, besarlah harapan kita agar polis Malaysia menjadi bebas dan neutral, dan berkhidmat demi rakyat dan bukan menjadi barua atau tali barut UMNO.
Apa-pun , kita doakan agar Allah beri hidayah pada Musa Hassan dan pada polis Malaysia. Wassalam
