"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiada provokasi terbaru sehingga jam 12 malam tadi

Dzulfikar Mahoor
TELUK KEMANG, 11 Okt:Sehingga tamat tempoh berkempen jam 12 malam tadi, tiada kes pergaduhan baru direkodkan kecuali dua insiden pada sebelah siang tadi.

Pertama membabitkan pertengkaran kecil antara penyokong Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di Batu 4.

Dalam kejadian tersebut, seorang pemandu peribadi kepada Ketua Polis Daerah Port Dickson dilaporkan menjadi mangsa apabila dibelasah ketika cuba meredakan pertengkaran.

Insiden kedua membabitkan seorang sukarelawan PAS cedera ringan dipukul sekumpulan samseng di Sekolah Kebangsaan Sirusa.

Ketua Keselamatan Jentera PAS, Mejar (B) Abdul Rashid bin Hassan Basri (55) ketika dihubungi kemudian, mengesahkan tiada insiden tambahan kecuali kedua-dua kes tersebut.

Jelasnya lagi, Markaz Induk di Batu 9, di sini sendiri sedang dikawal oleh lebih 150 anggota Unit Amal dan Unit Keselamatan Pakatan Rakyat.

Ianya ekoran arahan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, bagi PRK Bagan Pianang, Salahuddin Ayub supaya bersiap siaga dan tidak melayan sebarang provokasi pihak Umno BN.

"Saya sudah tegaskan, tiada sebarang konvoi dari pemuda Pas demi mengelakkan provokasi Umno BN seperti petang tadi."

"Kami (Unit Keselamatan N31) diminta berkawal dan saya sendiri minta lebih 150 anak buah berkubu di Markaz Induk N31, takut ada lagi provokasi samseng-samseng Umno ke atas pemimpin-pemimpin kita (PAS)."

Dalam perkembangan berkaitan, seorang anggota Unit Keselamatan yang lain memberitahu, Rumah PAS Johor di Easten turut menyaksikan provokasi segelintir pemuda bermotor.

Tetapi, Abdul Rashid mendakwa pihaknya tidak dapat memberi kepastian berhubung insiden ketiga itu.

Petang tadi, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mendakwa Umno akan melancarkan beberapa provokasi akhir sehingga awal pagi ini, demi merosakkan nama baik Pas serta Pakatan Rakyat dalam kalangan pengundi tempatan sendiri.

Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan juga turut mendedahkan perkara sama apabila mendawa wujud usaha pihak tertentu menggunakan surat rasmi Dewan Pemuda PAS (DPP) menyebarkan dakwaan beliau terpaksa minta maaf kerana terpaksa tunduk pada kemahuan DAP, atas pertimbangan politik kepartian.

Beberapa hari lalu, beberpa sukarelawan PAS dipukul oleh segelintir samseng.

Ekoran beberapa siri pergaduhan tersebut, lebih lima laporan polis dibuat oleh parti itu. Pilihanraya kecil kali ini merupakan pilihanraya yang mencabar, kerana rakyat bukan sahaja menunggu keputusan menang kalah antara Zulkefly dan Isa; malah berapa banyak kes jenayah sepanjang pilihanraya kecil kesembilan itu berlaku.

Tiada ulasan: