Insiden membaling batu dan botol air mineral berlaku di pusat pengundian di SK Teluk Kemang pada kira-kira jam 11.20 tadi. Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal dan meredakan keadaan antara penyokong BN dan PAS.
Pergaduhan bermula dengan perang mulut di antara mereka sehinggalah berlakunya aksi baling-membaling batu.
Dua penyokong parti yang bertanding telah ditahan di Sekolah Kebangsaan Telok Kemang manakala tiga yang lain cedera.
Sebanyak 46.5 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 12.00 tengah hari ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan