"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amirulrasyid : Satu Lagi Kegagalan KPI Najib

ramziredang
Nampaknya semacam sudah ada sesuatu trend di Malaysia, jika berlaku kematian seperti Kugan, Teoh Beng Hock maupun yang terbaru Amirulrasyid, rakyat seolah olah tidak ada hak untuk mengetahui. Hinggakan KPN mencabar rakyat, apakah rakyat tidak mahu lagi polis mengadakan sekatan jalanraya dan lumba haram? Ewah..ewah, macam la polis berjaya sangat cegah lumba haram.

Kita, rakyat tidak mahu menuduh apa apa. Kita cuma ingin tahu cerita sebenarnya. Apakah salah jika rakyat ingin tahu cerita sebenar? Atau bila berlaku apa apa peristiwa rakyat perlu berdiam diri? Tetapi mengapa Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Selangor emosi? Yang penting bagi rakyat hanya penjelasan yang telus. Jika penjelasan dapat diberikan sudah pasti rakyat akan rasa lega dengan apa yang berlaku.

Nampaknya era pemerintahan 1Malaysia, Najib tidak berjaya menerapkan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' dalam kes ini. Najib tidak berjaya membawa PDRM ke arah perkhidmatan yang lebih cekap. Cekap dalam mengecam penjenayah atau tidak.

Kita lupakan sahaja siapa yang bersalah dan siapa yang tidak bersalah dalam kes tersebut. Biarkanlah 'polis menjalankan siasatan'. Yang penting bagi rakyat tahu ialah, kita tidak boleh lagi membiarkan BN memerintah negara.

BN tidak dilihat serius membela rakyat bawahan. Jika sesuatu kes yang melibatkan rakyat bawahan, "BN peduli apa".

Untuk pengetahuan pembaca semua, sebenarnya berbagai peristiwa yang menekan dan menindas rakyat, adalah perkara biasa berlaku di dalam sebuah negara yang penuh dengan rasuah, nepotisme dan kronisme.

Kita memerlukan satu era baru dalam kehidupan rakyat. Kehidupan yang sejahtera dan aman damai. Ternyata BN telah gagal dalam memacu negara ke arah itu. Harapan yang tinggal kini hanyalah satu, PAKATAN RAKYAT.

Mungkin bila pakatan rakyat memerintah negara barulah rakyat benar benar terbela dan negara akan aman damai. Pada ketika itulah polis dan rakyat bagaikan aur dengan tebing, mesra dan saling bantu membantu.

Tiada ulasan: